(GAMBAR)Diana Amir Bersama Kekasih Hati?

diana amir

Ok kami tak tahu sebenarnya sama ada lelaki di dalam gambar-gambar Diana Amir nie memang betul pakwe @ kekasih hati @ boyfriend Diana Amir. Tapi dari segi kemesraan dan gaya posing, nampak macam iyer jer. Tangan pun dah sampai ke pinggang. Kalau tak pakwe takkan la dapat pegang kan?

Taknak kritik, komen atau buat ulasan lebih-lebih. Korang layan ajerlah gambar Diana Amir bersama kekasih hatinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

diana amir

Source: http://beautifulnara.com

Read more


Norman, Memey Semakin Cerah Bebas

Norman, Memey Semakin Cerah Bebas
August 1, 2009 at 4:00 am

Keterangan saksi hari ini sukar untuk membuktikan yang pasangan tertuduh, aktres Memey Suhaiza dan aktor Norman Hakim melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 1 (a) dan (b) membabitkan berkhalwat. Saksi, Abdul Rahman Lai dalam perbicaraan kes itu berkata dia hanya mengesyaki pasangan Memey-Norman melakukan kesalahan itu sekitar pukul 2 hingga 2.30 pagi ketika disoal oleh Timbalan Pendakwaraya.

Rahman juga memaklumkan dia bersetuju dengan soalan peguam syarie yang dia terjumpa Memey pada pukul 2.45 pagi di tingkat bawah manakala Norman di tingkat atas pada pukul 3 pagi sekali gus tidak menunjukkan mereka melakukan kesalahan itu. Rahman yang bertugas sebagai ketua operasi di Jabatan Agama Islam Selangir itu juga mengaku tidak mengabil sebarang barang bukti kes di lokasi kejadian termasuk gambar sewaktu menahan pihak tertuduh. baca lanjut...

Source : http://www.izyan.com

Read more


Gadis Melayu musim kedua kembali

Rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua bakal bersiaran setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 6 Ogos, 2009 hanya di saluran ‘Di Hatiku’, TV9. Gadis Melayu 2 akan dikendalikan oleh pengacara wanita, Sharifah Shawati Syed Mohd yang juga perunding imej Adamaya Image Consultancy Malaysia dan tidak lagi Fahrin Ahmad. Adakah peserta-peserta kali ini masih ayu dan lemah-lembut? Peserta-peserta gadis Melayu pada kali ini adalah Raja Nur Juliana (Kuala Lumpur), Norfarizan Mohamad (Banting, Selangor), Shazfinaz Hashim (Shah Alam, Selangor), Hafiza Bustanul Ariffin (Kuala Lumpur), Hazlin Hussain (Kajang, Selangor) dan Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail (Shah Alam, Selangor). Lain-lain peserta termasuk Nadiah Adrianna Mohd. Akbal (Subang Jaya, Selangor), Putri Noor Nawal Haji Ramlan (Shah Alam, Selangor), Rahimah Ibrohim (Kuala Lumpur), Robeaha Ramza (Kota Bharu, Kelantan), Sri Sharinnie Rizal (Damansara, Selangor) dan Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (Parit Buntar, Perak).

gadis-melayu-musim-kedua-hafiza-bustanul-raja-nur-juliana-facebook

gadismelayu-musim-kedua-tv9

sharifah-jasmine-soraya-syed-jalil-jamalullail

SHARIFAH JASMINE SORAYA JAMALULLAIL

Ada yang berkenan nak dijadikan menantu?



Read more


Yuna Yunalis Bakal Disaingi Melda

Lahirnya band indie dalam negara kita, lahirnya juga anak-anak muda yang berbakat besar dalam menguasai band berkenaan. Tak kira juga dari wanitanya, terutama Yuna Yunalis yang sekarang popular dengan lagu, Dan Sebenarnya. Tapi Yuna juga ada pesaingnya, iaitu Melda Ahmad atau nama sebenarnya Imelda Ahmad. Melda juga seorang artis wanita yang boleh menyanyikan lagu dalam konsep indie cuma belum ada sambutan lagi buat masa ini, almaklumlah artis baru (yang lahir bukan dari program realiti). Tapi Melda tak sama dengan Yuna dari sudut penampilan. Melda lebih seksi sikit dan tidak bertudung, tapi Yuna pun seksi juga (mengetat dia pakai walau bertudung). Ngeh3.


Read more


(Gosip Panas)Amelina Palsukan Identiti Kerana Privasi

(PANAS)Amelina Palsukan Identiti Kerana Privasi
July 31, 2009 at 2:30 am

kes amelina




kes amelina

Sesungguhnya kami cukup kagum dengan Amelina. Rasanya semua orang tahu kes Amelina tak bayar sewa rumah. Tapi mungkin ramai tak tahu yang masa Amelina sign kontrak sewa rumah tue, dia guna identiti yang palsu. Alasannya boleh baca di bawah:-

Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga. Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya. Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini saya mahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi.

Pergh. Kagum. Sesungguhnya bukan senang nak cari selebriti dan artis yang lali dan bosan dengan kehidupan yang femes. Artis-artis Malaysia makin hari makin gile glemer ada la. Tak ada citer wat citer. Tak ada kontroversi pergi wat kontroversi. Semata-mata nak pastikan kefemesan tak jatuh.

Sepatutnya mana-mana artis-artis yang dah tua jangok tue tirulah Amelina nie. Insap sikit. Ini tak, makin tua makin kecoh. Fitnah orang tak bayar hutang la apa la. Tangkap gambar seksi la. Ish-ish.

Apa-apa pun Amelina kami doakan kes nie setel secepat mungkin supaya privasi anda kembali semua. All the best.

Read more


8/1 Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Hafiz Hamidun, Shazwani Putus Tunang
August 1, 2009 at 12:00 am

Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak berakhir ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu.


Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.


Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single."


Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua. "Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang.

"Kami tunang tak sampai setahun. Secara jujur, saya tak terkejut pun sebab sebelum ini Shazwani ada memberikan bayangan tentang niatnya itu. Apa boleh buat sudah takdir dan hubungan kami hanya di situ saja.

"Jadi sebelum kami berumah tangga dan keadaan menjadi buruk, wajarlah kami berpisah," jelas Hafiz.

Hafiz berkata, sekarang Shazwani baru melanjutkan lagi pengajian ke peringkat ijazah di Uniten, Muazam Shah.

"Mulanya keluarga saya terkejut sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kami nak putus tunang. Bagaimanapun, mak dan ayah saya OK selepas mendengar segala penjelasan. Cuma saya lihat keluarga Shazwani berasa agak sedih," kata Hafiz yang masih berkawan dengan bekas tunangnya itu.

Inikah Kekasih Diana Amir
July 31, 2009 at 2:00 am

Perlawanan MU dan Malaysia yang sudah melabuhkan tirainya beberapa ratus jam terdahulu, memberi banyak makna kepada industri sukan negara terutama bola sepak dan tidak ketinggalakan juga industri seni yang tidak boleh lari dari lensa 'paparazi' untuk dijadikan perbualan hangat peminat seni tanah air. Pelakon baru, Diana Amir, yang sekarang makin terserlah bakatnya di TV dalam bidang lakonan kini mempamerkan 'buah hati' nya yang bersama-sama menonton perlawanan berkenaan di Stadium Bukit Jalil. (mata kelihatan merah, tanda 'evil', apakah yang terjadi selepasnya pulak?) ngeh3.

Read more


Gambar Kahwin Noniswara dan Datuk Rosman, Ahya & Kisah Coli

Gambar Kahwin Noniswara dan Datuk Rosman
August 1, 2009 at 12:29 am

Aktres jelita, Noniswara selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman hatinya, Datuk Rosman, pengerusi U-Mobile selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak malam tadi. Selebriti yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan (sama dengan Datin Wan Azizah Anwar Ibrahim) itu mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu. Hantarannya adalah sebanyak tujuh dulang dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan iaitu Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek. Manakala hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan Kek. Alhamdulillah..semuanya sudah selamat.. Semoga tiada fitnah yang bukan-bukan..

kahwin-janda-glamor-noniswara

gambar-noniswara-datuk-rosman-kahwin-cute

Nice white dress.. simple and sweet.. the crown gives the right sense of pride. Noniswara’s wedding dress (for the reception) is designed by Amir Luqman.

gambar-noniswara-datuk-rosman-kahwin

Kisah Coli Wanita…
August 1, 2009 at 12:15 am

Sejak kebelakangan ini banyak benar kita dengar cerita mengenai coli wanita..Tak tahu kenapa..Adakah masyarakat Malaysia ini semakin kemaruk seks? Di Kemaman baru-baru ini tersebar mengenai berita kewujudan PEMBURU COLI WANITA. Tak tahulah ini kerja fulltime atau partime..Mungkin beliau merasakan kerjaya ini lebih hebat dari kerja kilang atau menjual burger.. ehheh..Katanya, “Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, ‘bingung’ kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu. Kejadian pelik itu dipercayai dilakukan suspek yang dikatakan seorang yang gila seks serta kemaruk pakaian dalam anak dara atau untuk tujuan ilmu hitam. Begitu juga beberapa tahun dahulu, Linda Onn menjadi bingung kerana colinya juga.. Aii macam-macam..kisah wanita dan bra mereka..

pemburu-coli-anak-dara

PEMBURU PENEMU COLI ANAK DARA DI TERENGGANU.. BANGGA SOKMO..

angkara-coli-bacaria-small

LINDA ONN DENGAN ANGKARA COLINYA..

coli2lv4

TAMAN COLI DI PELABUHAN MONTREAL, KANADA ATAS NAMA KEMPEN KANSER PAYU DARA..

h1-n1

KARTUN COLI H1N1..



Gambar Macho Separa Bogel Ahya Ulumuddin - Anak Normah Damanhuri
July 31, 2009 at 11:33 pm

Are you salivating when you see these pictures? Is this something you are looking for when you step into places such as fitness first or celebrity fitness? Girls be frank please!! :) Enough Scha, Tiz Zaqyah and all. It’s a post for the ladies this time. Well here you go. Ahya Ulumuddin, the hotbod, the male model, the son of dramatist Normah Damanhuri. This is also your chance to see a guy wearing a yellow underwear.

ahya-ulumuddin-men-health-fitness-first

SIAPAKAH YANG RELA MENJADI TEMANKU??

ahya-ulumuddin-anak-normah-damanhuri4

SIAPA LEBIH MENONJOL??

ahya-ulumuddin-anak-normah-damanhuri

MODEL MELAYU TERAKHIR

ahya-ulumuddin-anak-normah-damanhuri-spender-kuning-speedo

SPENDER KUNING PANAS..!! BERASAP BEB!!

ahya-ulumuddin-anak-normah-damanhuri2

MAMA BUSYUK..BILA NAK KASI AHYA BERLAKON??

malek-noor-junior

MALEK NOOR JUNIOR

ahya-ulumuddin-normah-damanhuri2

WET LOOK…



Telemovie Baru - Laila Sari di Astro Ria
July 31, 2009 at 11:42 am

We received an email today from our dear friend Malaysia’s proflic writer, director and producer Nizam Zakaria who has been busily promoting his telemovie Laila Sari. Kisah mengisahkan Laila, salah seorang dari dua puteri dalam kerajaan Buni. Satu hari Sari (Chomell Fana) telah dikejutkan dengan berita ayahanda mereka yang mahu mengahwinkan Laila dengan Maharaja Jati dari kerajaan Buni Tiga. Sari cuba menasihati Laila agar tidak terburu-buru berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Namun Laila langsung tidak pedulikan kebimbangan Sari. Kerana risaukan Laila, Sari telah bertemu dengan ahli nujum istana (Tam) bagi mendapatkan tilikan. Ahli nujum mendapati Laila bakal dikaburi dengan sikap gila kuasa dan akan bertukar menjadi seorang Maharani yang kejam. Demi kesejahteraan rakyat dan rasa sayangnya pada Laila, Sari bersetuju dengan cadangan ahli nujum untuk membuang Laila ke bumi.

liyana-jasmay-puteri-bunian

Di bumi, Laila telah bertemu dengan seorang lelaki, Izwan (Erry Putra) yang mempunyai impian untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan bagi anak yatim. Namun Izwan sering dihimpit kesusahan kerana diganggu oleh Ah Long. Telemovie komedi romantis dan fantasi ini adalah lakonan Liyana Jasmay, Erry Putra, Tam Suhaimi dan Chomell Fana. Ia arahan Ghaz Abu Bakar hasil garapan skrip Nizam Zakaria.

Dikatakan babak yang paling kelakar adalah bahasa bunian yang digunakannya yang merupakan gabungan Tagalog, Latin dan bahasa Melayu klasik.

laila-sari-chomell-fana

Difahamkan dari penerbitnya, telemovie ini sebenarnya diilhamkan daripada filem Walt Disney, Enchanted yang mengisahkan puteri dongeng termasuk ke dalam dunia moden. Laila Sari yang akan ditayangkan di Astro Ria, Sabtu ini jam 10 malam melalui slot Layaria. [source]

laila-sari-poster

Mari menonton ramai-ramai dan berikan komen anda di sini yek..



Read more


8/1 murai.com.my : Panazz - Gosip kita

Artis Top Jumpa Bomoh Di Medan?
August 1, 2009 at 12:00 am
KL, 1 OGOS 2009: Terkejut Murai Batu bila dengar cerita tentang seorang artis kita ini. Dari dulu lagi, dia memang pernah digosipkan di kalangan warga dunia hiburan sebagai sukakan mandrem atau jumpa bomoh.


Tapi, Murai Batu sangka, artis tu dah tak buat kerja-kerja macam tu lagi sekarang. Rupa-rupanya artis tu belum serik-serik lagi nak guna khidmat Mak Esah. Dulu dia dikatakan pernah ke Pulau Jawa, tapi sekarang dah alih angin pula ke Sumatera atau lebih tepat lagi ke kota Medan.


Yang ceritakan tentang hal ini pun adalah jiran tetangga kepada si bomoh itu juga. Asal nampak saja orang Malaysia datang ke kawasan rumah mereka, tahulah ia pasal nak jumpa bomoh itu. Dah faham sangat. Khabarnya, macam-macamlah bomoh itu boleh mandrem. Hendak nampak cantik boleh, nak kasi ringan jodoh boleh, nak bagi orang sayang selalu pun boleh. Hai, sokong tema Malaysia Boleh ke?


Murai Batu pun tak pasti apa tujuan artis itu pergi jumpa bomoh tersebut. Mungkin untuk berubat diri sendiri kot. Harap-haraplah ia bukanlah kerana nak caras rakan artis sendiri.



Chanel Undang Natasha Hudson Ke Paris
July 31, 2009 at 12:00 am


KL, 31 JULAI 2009: Sebut saja Paris, kita dah terbayang Menara Eiffel dan suasana kota yang romantik itu. Murai Batu akui Paris bukan saja bandaraya yang romantik tetapi pusat fesyen yang terkemuka di dunia.


Sebut-sebut pasal Paris, Murai Batu dapat tahu pelakon kacukan yang jelita, Datin Natasha Hudson akan terbang ke sana selepas Aidilfitri ini. Amboi takkan nak berbulan madu lagi kot? Oh tidak rupanya...


Ia sebenarnya kerana ada kaitan dengan fesyen. Hai, nak buka butik di sana ke?


Selepas mendapat maklumat sebenar, Natasha rupanya telah diundang oleh jenama fesyen terkenal, Chanel untuk menjayakan pertunjukan fesyen musim luruh/ sejuk. Wah gitu class...


Kiranya itu satu kejayaan buat Natasha walau pun Murai Batu tahu sebelum ini artis Malaysia seperti supermodel Tengku Azura, Deanna Yusoff, Camelia dan Diana Danielle, pernah diundang untuk menjayakan acara fesyen di sana.

Khabarnya, Natasha akan dipakaikan dengan beberapa rekaan terbaru dan hebat daripada pereka terkenal dunia itu bagi tujuan fotografi dan promosi. Malah, Murai Batu juga difahamkan jadual Natasha memang padat setibanya di sana.


Maklum sajalah, kalau sudah dipilih sebagai model, macam-macam benda yang kena dilakukan contohnya pemilihan pakaian, fotografi dan sebagainya.


Khabarnya, Natasha tidak keseorangan apabila ke sana nanti kerana turut ditemani oleh seorang editor fesyen berpengaruh dari Malaysia. Harap-harap aksi Natasha itu akan dapat kita lihat dalam majalah terbabit nanti dan Murai Batu akan cuba dapatkan beberapa gambar daripada mereka.

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters