Gambar Artis Malaysia Tanpa Make Up

Korang nah tengok tak artis-artis kita tanpa make-up aka tidak bersolek. Mesti jarang-jarangkan nampak mereka berbuat demikian. Almaklumlah mesti menjaga status dan keterampilan yang dimiliki. Nanti jatuh pula saham dorang. Memang muka dorang nampak gelap kalu tak pakai make-up. Ada pula yang mungkin tidak boleh cam mereka ini artis atau sebaliknya. Jadi kuasa make-up amat penting bagi sesiapa yang mahu bergelar artis. Ngeh3.



.

Read more


(Gambar) Haliza Misbun Berkemban.



Sudah lama takde cerita sensasi pasal Haliza Misbun ni... Baru-baru ni gambar dia berkemban tersebar. Nape lah Haliza Misbun ni tak serik2 mencari publisiti murah cam ni..

Awak tu bukan nye muda lagi dan berusia.. Ubah la sikit cara hidup tu.. Takkan dah berumur2 camni masih lagi nak seksi-seksi pulak... .

Read more


Pelawak Param meninggal dunia [Malaysiakini]


Pelakon komedi veteran tanah air P Paramasivam atau lebih dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pagi tadi.

Beliau mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan sejak dari itu, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.

Adik kembarnya Parameshvari berkata, Param kelihatan tenat pagi tadi dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di hospital.

"Pukul 5 pagi tadi beliau sudah tenat. Melihat keadaannya kami segera membawanya ke hospital bagaimanapun belum sempat sampai di hospital beliau sudah tidak bernafas lagi," katanya ketika ditemui di rumah pelakon itu.

Param mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti AR Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, allahyarham Yusni Jaafar dan allahyarham R Jaafar.

Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.

Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang antaranya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Menurut Parameshvari, Param adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga.

"Beliau abang yang baik, beliau sangat menyayangi keluarganya," kata Parameshvari sambil menitiskan air mata.

Param, yang masih bujang, adalah anak lelaki tunggal daripada enam beradik.

Mendiang berasal dari Negeri Sembilan dan memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

"Beliau akan disemadikan Ahad ini di krematorium Hindu Cheras kerana menunggu tiga orang lagi kakak kami dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok," kata Parameshvari. BERNAMA

Read more


Asri Rabbani 'pergi tak kembali' [Malaysiakini]

Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.


Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

Read more


Isma, Toi, Faizal Masuk Sehati Berdansa?




KL, 13 OGOS 2009: Ini lagi pasal Sehati Berdansa musim ke-3 yang bakal diterbitkan Astro. Murai Batu dengar gosip tentang nama-nama yang telah disebutkan atau yang telah dipancing untuk menyertai saingan terbaru tidak lama lagi.

Macam-macam nama terbit dan antara mereka termasuklah bekas peserta AF7, Isma dan suaminya Zul 2 By 2 dan Toi AF6. Hai, confirmed ke? Tapi hidu-hidu, macam dah confirmed ajer.

Kata sumber, selain Isma dan Toi, Superman Malaysia, Faizal Tahir juga kemungkinan akan menyertainya. Waa, mesti ada aksi terbang-terbang kalau Faizal masuk. Tapi bukankah isterinya bertudung?

Murai Batu dengar lagi beberapa nama besar dari kalangan artis dan ahli sukan akan menyertainya program itu tapi buat masa ini biarlah kita siasat dulu siapa mereka. Malah ada yang cakap Erra & Emran serta Aaron Aziz dan isterinya yang low-profile itu juga dilamar.



Murai Batu cuma nak tengok siapa selepas Shidee & Vanidah serta Lisdawati & Fauzi Nawawi akan menjadi juara Sehati Berdansa 3 kelak. Adakah artis atau giliran ahli sukan pula merampas trofi?

Sementara itu, ada beberapa nama di sini yang Murai Batu terfikir kalau-kalau mereka juga layak menyertainya. Antara mereka ialah Rita Rudaini & Aidil Zafuan, Nabila Huda & Zaidi, Alex Yoong & Ariana Teoh, Adlin Aman Ramlie & Imelda, Darling Ngasri & Nur Azlin, Aida & Joe Radzwill, Velvet & Rich, Nana ERA & Brian, Awie & Rozana Misbun serta Ruhil Amani & Jamie Wilson.

Selain itu, Salina Saibi, Shalin Zulkiflie, Maya Karin, Ruhil Amani, Jeslina Hashim, Hafiz Hashim (pemain badminton), Eizlan Yusofi dan Dynas boleh juga menyertai pertandingan itu bersama pasangan masing-masing. Haa, kalau hendak lebih sensasi Rosnah Mat Aris dan suami mudanya pun boleh juga cuba, pasti rating mencanak! Apa-apun, kita tunggu saja sidang media pengenalan peserta Sehati Berdansa 3 tidak lama lagi.


MURAI BATU: Siapa agaknya hos utama? Aakah Linda Onn dengan Fahrin lagi ke atau akan tukar pasangan? Atau pun Fahrin pula dengan Scha Al-Yahya?

Read more


(Gambar) Adegan Panas Dewi Perssik Dalam Paku Kuntilanak

Anda sendiri tahu bahawa Indonesia memang sebuah negara yang sempoi dan santai, tersangat santai sehingga’kan isu filem lucah pun tidak diambil kisah. Walaupun mempunyai bilangan penganut Islam teramai bagi Asia Tenggara, namun sehingga kini kami masih musykil dengan sistem mereka, serius, blur.

Kami mendapat beberapa snapshot dari filem Paku Kuntilanak yang mengandungi unsur seks agak keterlaluan. Dimanakah Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Lembaga Sensor Filem Indonesia? Wah, adakah mereka sebenarnya sedang tidur di’ulit mimpi? Atau telah pun ditutup mata dengan timbunan duit?



Artis Cina Malaysia , Keith Foo turut membintangi filem ini. Kenapa mereka tidak pilih sahaja aku? Aku sanggup berlakon secara percuma, sinis.

Tiada gambar kurang sensor di pagi Jumaat. Aku sudah beri amaran.

Read more


Video Gokil Marshanda on YouTube

I don't know why... they call the videos below as "Video Gokil Marshanda". At the first time it was uploaded by Marshanda herself on youtube, but recently became uproar and commented by people in internet and offline media. Then...the videos was deleted by Marshanda. So... for you guys, don't worry we still have the videos:


Read more


Noorkhiriah Sarat Mengandung

Pelakon wanita yang tidak asing lagi dalam slot drama-drama tempatan, Noorkhiriah yang sudah berkahwin dan kini sarat mengandung disamping mengayakan pemakaian tudung ekin yang menawan. Dalam diam-diam usia kandungan Noorkhiriah kini mencecah enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada November 2009 ini. Tahniahlah diatas perkhabaran ini, semoga selamat melahirkan anak nanti.


Read more


Umie Aida Bertunang Minggu Ini

Bagi mereka yang mengenali aktres Umie Aida secara dekat, akan tumpang gembira dengan berita pertunangan dan perkahwinannya dengan ahli perniagaan berpangkat Datuk dan berstatus duda ini. Ini kerana bukan sekali hati Umie dilukai oleh ramai jejaka termasuk aktor tampan yang tidak tahu letaknya nilai cinta suci wanita ini.



Kebetulan, gerak hati semakin kuat mengatakan aktres yang dilahirkan dengan nama Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, akan bertunang pada minggu ini.

"Mungkin ya dalam minggu ni saya akan bertunang....namun, lokasi dan tarikh pertunangan itu belum ditetapkan lagi.
Dengan pengesahan ini, Umie bagai mengiyakan desas-desus yang mengatakan dia akan bertunang dengan Datuk K sebelum bulan puasa. Ditanya tentang persiapan majlis pertunangan, Umie menjawab,
"Saya mahu majlis yang lebih ringkas. Kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri."
Ibu kepada dua orang anak iaitu Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15, ini juga memaklumkan yang Datuk K sudah 15 tahun menduda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Majlis merisik antara Umie dan 'Datuk K', tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, telah selamat diadakan pada 17 Mei lalu dan dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. -mStar

Read more


Gambar Anak Velvet Dan Rich AF

Pertengahan bulan Mei lalu, berita Velvet melahirkan anak masa itu kureng mendapat liputan luas. Mana kan tidak mereka tidak mahu mengebahkan berita berkenaan sehingga lah ke hari ini.



Namun gambar anak mereka berdua tetap boleh diambil oleh media jika pihak media itu masih prihatin terhadap populariti mereka berdua. Nama anak mereka berdua ini, adalah Joshia (lelaki) almaklumlah non-Muslim. Comel juga anak mereka berdua ni. Ngeh3.

Read more


Chef Wan Jadi Tetamu Jemputan Oprah Winfrey

chef wan

Memang hebat betul Chef Wan nie. Kagum dibuatnya. Dapat jemputan untuk jadi tetamu talk show Oprah Winfrey tue. Bukan calang-calang orang boleh dijemput tau untuk rancangan Oprah nie. Lagi-lagi rakyat Malaysia nie. Chef Wan nie orang pertama dari Malaysia yang ada peluang untuk keluar dalam talk show Oprah. Mantap beb!!!



Kata Chef Wan lepas dia diberi anugerah The Best Celebrity Chef In The World, cerita pasal kemenangan tue kuar kat suratkhabar New York Times. Dari situlah Oprah nie berminat nak dapatkan dia kot. Memang kalau rezeki tak ke mana kata orang. Sekarang nie kita tunggu jerlah bila dia nak kuar TV nanti. Leh tengok ramai-ramai.

Tahniah sekali buat Chef Wan. Anda memang hebat. Silalah bagi gelaran Dato’ kat Chef Wan nie. Kalau tak dapat gak tak tau la kena keluar dalam program apa baru leh dapat. U deserve the “Dato” Chef Wan.

Source: www.beautyfulnara.com

Read more


Haliza Jamu Ari Wibowo Satay Kajang!




KL, 12 OGOS 2009: Murai Batu rasa ramai yang dah tahu tentang tindakan Haliza Misbun mengundang aktor Indonesia, Ari Wibowo berlakon dalam filem terbitan sulungnya, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta!


Dan ini bukanlah kali pertama Haliza mengundang Ari berlakon dalam produksinya iaitu Layar Pictures Sdn Bhd. Kali pertama dulu adalah menerusi telemovie, Rohaya Roy. Sekarang ini di layar besar pula.


Tetapi, apa yang hendak Murai Batu ceritakan di sini, tidak ramai yang tahu Ari berada di Kuala Lumpur sejak semalam lalu untuk menyiapkan 10 babak bagi penggambaran filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta.

Haliza sendiri pun tidak mahu heboh-hebohkan kedatangan Ari. Sebaliknya, dia cuma beritahu pihak media menerusi khidmat pesanan SMS bahawa sesi wawancara bersama Ari akan diadakan. SMS itu pula dihantar sehari sebelum kedatangan Ari ke sini.



Murai Batu dapat tahu Haliza sengaja buat begitu kerana mahu menimbulkan kejutan buat filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Cinta yang turut menampilkannya sebagai teraju utama. Mungkin dia tahu banyak pihak yang akan membuat pelbagai spekulasi jika awal-awal lagi sudah mengumumkan kedatangan Ari. Maklumlah, dulu Haliza pernah digosip syok pada Ari.


Memandangkan Ari dah pun berumahtangga dan keluarganya, sudah tentulah dia tidak mahu cerita-cerita kurang enak timbul di antara dia dan Ari. Haliza dan Ari memang tetap bersahabat baik dan setiap kali bertandang ke Jakarta, Haliza pasti akan melawat Ari serta isterinya.

Hal yang sama turut berlaku apabila Ari berada di sini. Murai Batu dengar Ari suka sangat makan Satay Kajang. Jadi, Haliza selalu carikan Satay Kajang untuk Ari dan menjamunya makan puas-puas!


MURAI BATU: Kelakar tengok telatah Geng Bakso dalam filem Setem. Siapa Geng Bakso? Harun Salim Bachik dan Isma Yusoof lah!

Read more


Pernikahan Aida dan Joe Radzwill Sah!!

Sekali sekala sejuh nampak wajah Aida Radzwill nie. Wajah gadis bertudung yang indah. After 7 years, their marriage...

...
as been finally validated by Syariah Court. They had two children from their marriage and good that the marriage has lasted this far. Alhamdulillah..camnilah yang kita mahukan..

aida-joe

aida-rahim-bertudung-jubah

Read more


Jaime Presly Caught Urinating in Public

Just when I thought nothing would surprise me anymore about Hollywood, came another shocker. Jaime Pressly was caught urinating in public while she was drunk at famed West Hollywood gay bar, The Abbey. Reports say that Pressly was so intoxicated that she could not wait to go to a proper restroom so she ended up slouching against a fence outside the bar and urinitating in broad daylight. The images caught by the bystander made it pretty obvious that the actress was totally wasted and couldn’t handle her liquor. She was spotted squatting, in a dress, on the sidewalk with a stream of pee underneath her. She tried to cover herself up by saying she was was pulling a prank.In a post on Twitter, she said: “That is me doing dare #8 at my bridal shower. Notice my hand in the back… it’s pouring a bottle. “Do you think i would really pee in the entry way to the Abbey in broad DAYLIGHT!!!”




YEAH, RIGHT! The fact of the matter is that she couldn’t even get up on her own, she had to have help! This is certainly something you don’t want to copy. It’s so unlady-like of her to do this.

Jaime was recently engaged to entertainment lawyer, Simran Singh and has been found traipsing around Los Angeles (LA) with big wedding ring on her finger.

Jaime_Pressly_urinating-in-public

Read more


Ashed Sah Ceraikan Isteri

Siapa tidak kenal artis vateran Asheed, seorang penyanyi rock merangkap vokali utama kumpulan Def Gab C era lewat 90-an dahulu yang sangat sinonim dengan lagu Merah dan juga Cinta Sakti kerana dengan lagu inilah sedikit-sebanyak telah mengangkat nama salah seorang dari mereka Asheed dan Def Gab C dalam dunia suara/vokal tinggi di seluruh Malaysia.




Tapi apa yang ingin boleh dikongsikan di sini mungkin agak sinonim dengan keadaan rumahtangga untuk didengar lagi-lagi jika anda adalah die hard fan beliau dimana Ashed telahpun sah bercerai dengan isterinya Sharifah Noor Shima walaupun suatu ketika dulu mereka dilihat sangat romantik dan serba jiwang jugalah dikatakan ketika menyertai rancangan Sehati Berdansa musim yang lalu. Maka ini komen Ashed untuk rumahtangga yang telah retak :

“Memang betul saya sudah berpisah sejak dua bulan yang lalu. Tarikh saya berpisah adalah pada 11 Jun lalu. Tapi ingin saya nyatakan bahawa kami bercerai cara elok. Iyalah, dulu kami berkahwin cara elok, jadi saya rasa kalau mahu bercerai pun perlu cara yang elok juga. Kalau ditanya punca perceraian ini, saya boleh katakan kami sudah tidak sefahaman lagi. Bila selalu bertekak, saya rasa cara yang paling baik adalah berpisah,”- Asheed.

Read more


Farid Kamil Suka Tukar Kekasih

Paling ramai-ramai artis lelaki, penulis cuma mengenali Farid Kamil kerana sering kali muncul dalam filem, dalam setahun tak missed lah satu dua filem. Namun Farid Kamil juga terkenal dengan ke-playboy-an nya yang makin menampakkan taring.

>




Ramai artis-artis comel dan cantik telah di'kebas'nya ini juga termasuklah Irma Hasmie, Memey dan Lisa Surihani dan yang terbaru dengan Diana Danielle. Memang kesemuanya yang cun-cun belaka, nakkata hensem si Farid Kamil nie, tak lah juga, mungkin Farid ada 'resipi' tersendiri dalam memikat gadis-gadis, terutama artis-artis wanita. Apa-apa pun itu adalah hak dia nak memilih siapa yang dia ingini. Tak tahu lah lepas nie artis cantik mana pula yang Farid targetkan, kot2 si Scha. Haha. Naya Fahrin..

Read more


Gambar Artis Malaysia Berpesta

Source: http://beautifulnara.com

artis malaysia bersosial

artis malaysia bersosial




artis malaysia bersosial

artis malaysia bersosial

artis malaysia bersosial

artis malaysia bersosial

artis malaysia bersosial

artis malaysia bersosial

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters