Enot Ikut Sehati Berdansa, Menari

Terdengarlah beberapa pasangan artis popular tanah air giat menjalani latihan untuk program 'itu' yang akan ke udara tidak lama lagi (mungkin selepas Hari Raya). Antara artis dan pasangan masing-masing yang dikhabarkan terbabit kali ini adalah Didie Alias, Enot (Alliza Enot Abdullah), Nabila Huda, Ifa Raziah dan Isma AF7.

..

..Melihat senarai kali ini, boleh tahan juga persaingan. Pasti meriah pentas Sehati Berdansa kerana artis disenaraikan rata-ratanya cukup ‘sporting’, lucu dan kecoh kalau sudah berkumpul. Tak sabar-sabar pulanak melihat aksi mereka memenuhi kehendak tema setiap minggu apabilaacara ini ditayangkan kelak.

Tak tahulah pula kalau sumber ini tidak tepat, tapi rasa-rasanya betul sebab ketika menghadiri sebuah majlis, ada seorang teman yang bekerja di Astro terlepas cakap mengenai penyertaan musim baru Sehati Berdansa.

Siapa agaknya yang akan mengikut jejak langkah Vanidah Imran dan Lisdawati?..

Read more


Irma Hasmie dah Punya Anak

Hari Raya Lebaran tahun ini pasti lebih istimewa buat pelakon dan juga kekasih Nabil Raja Lawak, Irma Hasmie jika Hanie (masih baby lagi nie) masih ada di sisinya pada tahun ini. Tetapi apakan daya si Irma Hasmie. Dua bulan selepas bergelar ibu, terpaksa Hanie dipulangkan anak angkatnya itu kepada keluarga kandungnya.

..

..Sejak itu, tidak lagi mendapat khabar dari mereka. Bila cuba dihubungi, mereka sudah menukar nombor telefon. Pengalaman menjaga Hanie tidak akan dilupa buat selamanya. Mendapatnya ketika dia baru berusia kurang dari satu minggu, Irma, walaupun tiada sebarang pengalaman, bersedia mengalas tanggungjawab sebagai ibu.

Masa tu tak tidur malam lah sebab nak melayan dia. Setiap jam dia akan terjaga, nak susu. Bila siang, dia baik. Malam je dia seperti nak 'attention' dari kita. Tapi best pengalaman itu, Mulanya takut juga jika tiada masa nak jaga dia. Sebab tu saya tak ambil tawaran lakonan, cuma buat 'hosting' saja untuk TV9. Itupun saya bawa dia bersama ke Sri Pentas." Ceritanya
Dedah Irma, selepas itu pernah dia ditawarkan untuk mengambil anak angkat yang lain tetapi ditolaknya.
"Saya cuma nak baby itu, Lepas ni, nak jaga anak sendiri pula." Kata Irma sambil tersenyum -Gua
..

Read more


Linda Onn Bukan Lagi Pengacara Sehati Berdansa 3?

Cakap-cakap lagi pasal pasangan yang bakal menyertai Sehati Berdansa musim ketiga nanti, Murai Batu ada cerita panas nak dikongsi pembaca semua pasal pengacara utamanya.


Munurut sumber yang telefon Murai Batu sebentar tadi, deejay Linda Onn khabarnya tidak lagi menjadi hos Sehati Berdansa 3. Bagaimanapun kata sumber itu, Fahrin masih lagi dikekalkan. Hai... anda pasti?


Tapi kawan Murai Batu tu tak ceritalah pulak apa sebab musababnya. Adakah Astro yang tidak mahu atau Linda sendiri yang tolak sebab tidak mahu lagi membuat hosting job dengan Fahrin? Itu semua adalah rahsia mereka sendiri.


Jauh di sudut hati, Murai Batu sebenarnya masih minat dengan gandingan Linda dan Fahrin sebab mereka sudah sinonim sangat dengan Sehati Berdansa tapi memandangkan mereka telah putus cinta, macam manalah mereka boleh bertentang mata lagi? Cakap di mulut bolehlah kata profesional, profesional, tapi ini soal hati dan perasaan kan? Kita pun faham. ..

..Kalaulah benar cerita yang Murai Batu dengar ini, Murai Batu nak ucapkan selamat maju jaya dalam setiap apa yang Linda lakukan nanti. Linda memang banyak membantu populariti program realiti TV bercorak tarian itu.


Kalau begitu, siapa gandingan baru Fahrin? Murai Batu dah dapat agak seseorang. Adakah dia ......? Hmm, kita tunggulah nanti pengumuman rasmi sehari dua lagi.


MURAI BATU: Harap Linda kahwinlah cepat-cepat sebab buah hati barunya itu tidak kurang kacaknya...

Read more


(Gambar) Qabil Ambak Equin Negara & Bakal Isteri’nya

Ini dari sumber orang, aku tidak pula siasat dengan lebih mendalam. Lagipun, apa pula relationship‘nya aku & Qabil Ambak, satu apa pun tiada. Namun, gossip tetap gossip. Cerita yang aku terima, kata si penghantar email, gadis yang bersama Qabil Ambak merupakan bakal isterinya, juga seorang Ekuin dari negara Filipina. Gadis cantik ini akan tiba di Malaysia minggu hadapan.

Romantik juga si Qabil dengan wanita di dalam gambar ini. Meraung’lah Fasha Sandha tengok gambar macam ni. Tidak apa Fasha, Zubir reporter tu kan masih ada…

Apa pula jadi’nya dengan Fasha Sandha? Makin confuse aku dibuat’nya. Tidak lupa, Fasha Sandha sudah delete entry luahan hati’nya di Myspace.

Sebab apa? Kami tidak tahu. Mungkin juga dia di’sergah oleh Ally Iskandar yang secara tiba-tiba menjadi perhatian. Belek gambar Qabil Ambak & gadis misteri’nya selepas ini…

..

..

Read more


Ashraf Sinclair Terlibat Kemalangan

Tadi bersamaan jam 8.20am (27/8) adalah pergi tengok rancangan KissVaganza di Indosiar, ada berita tentang Ashraf Sinclair aka husband BCL kemalangan (sebelum subuh). Kereta Toyota Harrier dia di langgar dari arah kanan oleh sebuah teksi dan terus terbalik. Kalau dilihat dari condition Harrier dia memang kemek teruk and cermin depan retak seribu but dengan kuasa Allah, Ashraf hanya luka sikit di lutut dan peha. Luka pun sebab kena kaca cermin tingkap. Dia orang semua kata keajaiban bulan Ramadhan. -Peminat

..

..Mungkin ini adalah salah satu hidayah dari Allah untuk Ashraf untuk mengubah kehidupannya. itu pun jika Ashraf sendiri memahami hikmah disebalik sesuatu yang terjadi...

Read more


Salih Yaacob Masuk Sehati Berdansa 3?




KL, 26 OGOS 2009: Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru Murai Batu dengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal.


Risik-risik, tanya-tanya, Murai Batu dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..


Kenapa Murai Batu cakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!

..

..Cakap lagi pasal Salih dan 3 isterinya itu, kawan rapat mereka berkata hubungan mereka sekeluarga sungguh harmoni, siap ada jadual lagi rumah mana Salih pulang setiap hari. Lucunya, kadangg-kadang, Salih boleh terlupa pula rumah bini mana yang dia kena balik! Tapi mereka tetap happy macam lagu Amy Mastura.


"Murai Batu tahu tak, masa bini No 3 nak bersalin dulu, bini No 2 tu siap tolong hantarkan dia ke hospital lagi dan kemudian tolong tanamkan uri bayi tu. Sejuknya hati aku mendengarnya. Hai... bertuah sungguh Abang Salih. Aku tabik spring kat Abang Salih dan semua wife dia," kata sumber itu.


Jadi sesuai sangatlah kalau abang Salih dipanggil suami mithali kan? Kalau boleh program Sehati Berdansa ini akan merapatkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri walaupun ada pasangan yang lepas bertanding terus naik turun mahkamah. Tapi itu bukan sebab tarian atau lantai tari tapi silap atur gerak langkah dalam rumah tangga.


Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu.


MURAI BATU: Cikgu Linda Jasmine pun khabarnya dijangka akan bersalin ketika musim baru berlangsung nanti dan siapa akan ganti tempatnya sebagai juri tetap?
..

Read more


(KANTOI)Shah Rukh Khan Mengaku Tak Puasa

shah rukh khan

# Sila baca artikel ini dengan gaya percakapan Dato’ Samy Vellu

Aiyoyo. Apa mau jadi dengan ini Dato’ Shah Rukh Khan? Memalukan sungguh. Kalau tarak puasa janganla bagitau itu satu dunia. Senyap-senyap sudahlah. Keep it to yourself la. Don’t go tell other people. Tarak reti itu erti kemaluan ka?

We know you have to kerja kuat-kuat. Shooting pun banyak. Sana shooting, sini shooting. Sangat penat jugakla kan? Itu agama Islam bagi kebenaran jugak kalau you kerja berat untuk bukak puasa. Lagi-lagi you kena makan itu ubat jugak untuk you punya sakit belakang. Tarak apa la tak puasa. Tuhan tak marah.

Tapi kami sangat malu dengar bila you cakap ini macam:-

..

..<

“Saya sekurang-kurangnya mahu puasa 3 hingga 4 hari di bulan Ramadhan”.

Aiyooyo. We thought you tak MAHU puasa 3 hingga 4 hari. Rupa-rupanya you NAK puasa 3, 4 hari ajer. So shame lah. Sangat memalukan. Next time don’t go out and tell the news about your puasa la. You make the Islam people seems so bad la.

..

Read more


Model Dan Artis Baru, Azie Yahaya

Apalah nak jadi dengan segelintir perempuan zaman sekarang ni. Azie Yahya ni banyak kali muncul/keluar majalah terbitan Karangkraf seperti NONA. Adalah buat catwalk sikit sikit kot. Model suam suam kuku je dan baru start berlakon drama yang berepisod pendek-pendek sahaja. Dengar kata dari orang terdekatnya dia ni dah banyak service vip vip dan anak org kaya. Macam social ascott la kira. Macam macam la. -Peminat


..

..
























..

Read more


Gambar Bogel Liyana Jasmay (kononnye)

Petang semalam kami menerima satu email dengan subjek “Liyana Jasmay Bogel”. Email tersebut mengandungi dua gambar seorang wanita bogel yang mempunyai iras muka kepada pelican dan penyanyi, Liyana Jasmay. Menurut pengirim email tersebut, dia yakin yang wanita itu ialah Liyana Jasmay.

Kami melakukan sedikit penyiasatan melalui gambar-gambar Liyana Jasmay di internet dan kami melihat, bentuk mulut wanita tersebut agak sama dengan Liyana Jasmay. Mata dan lain-lain agak sukar dipastikan kerana kebanyakkan gambar-gambar Liyana Jasmay di internet adalah “versi makeup”..

..


Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Anda tentukan melalui bahagian komen. Kami tidak meletakkan apa-apa keputusan mengenai dua gambar di atas. Cuma apabila kami menunjukkan dua gambar tersebut pada beberapa kenalan rapat, masing-masing mengatakan yang wanita itu adalah Liyana Jasmay. Ini bermakna, sesiapa yang melihat gambar ini pasti akan meletakkan tanggapan tidak baik kepada Liyana Jasmay sendiri.
----------------------------------------------
KORANG NILAIKAN SENDIRI..SURY MAYBE X SESUAI DTAYANGKAN BULAN POSA...CUME NAK SAHIHKAN JE..

Read more


Lan Ex-MUH Lancar Single Album

Lan yang merupakan bekas vokalis kumpulan MUH makin 'garang' ditempat lain, apabila belum ada setahun jagung di band baru, Azlan & The Typewriter sudah membuat album single terbaru mereka. Mungkin ini lah rezeki Lan berhijrah ke satu tempat ke tempat yang lain. Gambar Lan pun sempat diambil ketika majlis pelancaran single pertama dorang yang bertajuk 'Kelibat Si Penyair' yang berlangsung di Uncle Chilli's, Hotel PJ Hilton pada 20 Ogos 2009 kelmarin.
..

..

..

Read more


Ahli Fiqir Popularkan Lagu Rausyanfikir

Akhirnya tercapai juga hasrat Ahli Fiqir untuk merakamkan semula lagu Dikir Fiqir yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rausyanfikir satu ketika dulu. Kalau tidak kerana pertemuan dengan salah seorang bekas anggotanya iaitu Art Fadzil sekitar bulan Ogos tahun lalu, mungkin hasrat yang sekian lama terpendam itu akan terus tertangguh lagi...

..

"Sudah lama sebenarnya kami hendak rakamkan lagu ini. Tapi, Art Fadzil sentiasa saja sibuk dan tidak punya masa untuk berjumpa dengan kami. Sehinggalah pada bulan Ogos yang lalu, barulah kami berpeluang meluahkan hasrat kami itu serta meminta kebenaran daripadanya untuk merakamkan semula itu..
"Apa yang memeranjatkan, pada saat itu, dia terus setuju dan kata OK. Akhirnya, dengan sentuhan muzik kami sendiri, muncullah lagu Fiqr Fiqir," kata salah seorang anggotanya iaitu Daly. -Murai
..

Read more


(Gossip) Nurul Syuhada Putus Cinta Dengan Mejar Faiz, Si Angkasawan Negara

5534_99278629789_522869789_2143511_29874_s-tile

Nurul Syuhada dah break dengan Mejar Faiz. Sumber ni sahih dari rakan rapat Nurul dari Kustem. Sepatutnya Nurul & Faiz bertunang pada 4 julai lalu, tetapi last minute Nurul batal’kan. Katanya terlalu awal & belum bersedia. Tapi hal sebenarnya,dia dah ada penganti lain. Student di Incef, nama Raja Amir. Kesian Faiz, katanya frust jugalah Faiz. Iya lah, sudah banyak duit Faiz dikeluarkan. Persiapan kahwin pun sudah dibuat. Dengar ceritanya, Faiz sudah belikan Nurul cincin Diamond Solitare RM10 ribu, booking dewan putrajaya. Kononnya, nak ambil Pak Engku sebagai wedding planner.

..

..Raja Amir ni budak Desa Sri Hartamas, sosial juga lah. Standard anak orang kaya katakan. Satu Unicef sudah kecoh. Hari itu masa dinner budak-budak Incef, Raja Amir tayang Nurul dekat budak kampus. Makan hati’lah budak lain kan, hal ni sudah kecoh satu Incef, cuma media sahaja belum tahu...

Read more


(Panas) Adakah ini gambar bogel Liyana Jasmay?



(Panas) Adakah ini gambar bogel Liyana Jasmay?

Petang semalam kami menerima satu email dengan subjek “Liyana Jasmay Bogel”. Email tersebut mengandungi dua gambar seorang wanita bogel yang mempunyai iras muka kepada pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay. Menurut pengirim email tersebut, dia yakin yang wanita itu ialah Liyana Jasmay.

Kami melakukan sedikit penyiasatan melalui gambar-gambar Liyana Jasmay di internet dan kami melihat, bentuk mulut wanita tersebut agak sama dengan Liyana Jasmay. Mata dan lain-lain agak sukar dipastikan kerana kebanyakkan gambar-gambar Liyana Jasmay di internet adalah “versi makeup”

..

..Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Anda tentukan melalui bahagian komen. Kami tidak meletakkan apa-apa keputusan mengenai dua gambar di atas. Cuma apabila kami menunjukkan dua gambar tersebut pada beberapa kenalan rapat, masing-masing mengatakan yang wanita itu adalah Liyana Jasmay. Ini bermakna, sesiapa yang melihat gambar ini pasti akan meletakkan tanggapan tidak baik kepada Liyana Jasmay sendiri.
----------------------------------------------
KORANG NILAIKAN SENDIRI..SURY MAYBE X SESUAI DTAYANGKAN BULAN POSA...CUME NAK SAHIHKAN JE..

Read more


Bila Ramlah Ram Nak Sedar Diri?

Saya menerima email-email gambar dari Ramlah Ram. Siap ada yang zoom lagi. Agak tidak sesuai ditunjukkan di sini, tapi kerana kami nak sampai dengan kenapa yang dimaksudkan dengan sedar diri ni, saya pamerkan juga. Tiada apa yang teruk mengenai Ramlah Ram. Karier seninya sememangnya hebat dari dulu sehinggalah kini. Bak kata orang tua tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tak gitu? Cuma apa yang dimaksudkan dengan ’sedar diri’, adalah mengenai penampilannya. Bila kita ni dah berusia, bawa-bawalah bertaubat. Bukan dengan menonjolkan diri yang lebih seksi. Kami lihat dah macam balutnangka je. Maaf kami memang berterus-terang orangnya. -Peminat

..














..

Read more


(GAMBAR)Bahagianya Siti Nurhaliza Di Samping Dato’ K Part I

siti nurhaliza

Diam tak diam sudah 3 tahun Dato’ Siti Nurhaliza bergelar isteri kepada Dato’ K. Nak kata lama sangat, taklah jugak. Orang kata usia perkahwinan diorang berdua nie tengah sedap-sedap lagi lah. Yang buat kami kagum ialah walaupun banyak fitnah, gosip tentang perkahwinan mereka berdua, sampai sekarang diorang still maintain loving gitu.

Tahniah buat Dato’ K kerana berjaya menyayangi Dato’ Siti Nurhaliza sepenuh hati beliau. Oh ya, lupa pulak. Ulangtahun perkahwinan ke 3 mereka ini jatuh pada 1 Ramadhan yang lalu. Harapnya makin bertambah berkatlah.

Buat Dato’ K dan Dato’ Siti Nurhaliza, semoga perkahwinan anda berdua kekal bahagia hingga ke hujung ayat.

Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ K dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

#Sumber dari Sultan Muzaffar

..

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

..

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Blog Archive

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters