Wartawan Zubir Disimbah Cat

Wartawan sisipan hiburan B*Pop aka Berita Minggu, Zubir Md Yunos, 38, yang menjadi mangsa simbah cat dan campakan bangkai ayam pada hari Isnin (7/9), merasakan tidak pernah menyimpan dendam terhadap orang yang bertanggung jawab melakukan tindakan yang keterlaluan itu. Malah kata Zubir, dia tidak pernah menggunakan khidmat Ah Long dalam membuat pinjaman. Bagi Zubir ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi dirinya dalam menjadi salah seorang pengossip artis. Bawak2 bersabar lah Zubir oi..

..

..

Read more


Gambar Aliff Aziz cium mulut

Al-kisah’nya, Aliff Aziz yang popular dengan lagu Sayang-Sayang telah di’kantoikan oleh orang di luar sana dengan aksi’nya bercium bersama seorang gadis, yang berbulu lebat..erkss. Lain kali kasi wax la dulu dik non oii, buruk beno haa…

..

..

Well, adegan bercium-cium sudah menjadi lumrah biasa dalam dunia hiburan. Gamak’nya kalau tidak bercium, memang tak sah.Aku ingin tahu juga apa yang bakal di’katakan oleh Aliff Aziz. Tolong jangan berikan alasan skeptikal seperti, ‘Gambar di-superimpose’ dan ‘Itu hanya’lah lakonan’. Aku sudah bosan!

Berikan jawapan seperti, ‘Lelaki itu bukan saya’ atau ‘Memang saya yang cium, so what?’. Kan ke lebih kool begitu. Aku pasti, kau akan lebih popular di sini. Lagi gambar panas selepas ini, jangan lupa blacklist mamat ni.

..

Read more


Keluarga Din Ismail Hidup Susah

Siapa sangka selepas pemergian Allahyarham Ismail Din - pelakon Anak Mami The Movie, Mami Jarum dan Pondok Buruk- seramai 3 daripada 5 anaknya bersama seorang balu, kini terpaksa menerima bantuan daripada rumah kebajikan. Kesempitan hidup mereka telah terbongkar apabila - Yok Sahur 2 - telah singgah di lokasi kedua iaitu di Rumah Perlindungan Rahoma Darul Fakir, di Taman Melati, di sini, tengah malam Jumaat dan awal pagi Sabtu lalu.
..

..Mendedahkan perkara ini, balu Allahyarham, Siti Zubaidah Abidin, berkata itulah hakikat kehidupan yang terpaksa mereka tempuhi selepas Ismai meninggal secara mengejut di Kota Makkah, kira-kira 4 tahun lalu

"Selepas mendapat tahu tentang kematian suami saya pada 5 Oktober 2005, dunia saya terasa gelap gelita. Memikirkan saya tidak pernah bekerja dan terpaksa menyara anak-anak yang masih bersekolah, perasaan saya berkecamuk pada mulanya. Susah untuk menyelesaikan pelbagai perkara seorang diri.
"Lalu saya mula meminta bantuan daripada badan-badan kebajikan sambil bekerja keras menjual kuih asalkan kehidupan 5 anak saya terjaga. Bagi saya apa yang paling penting ialah pendidikan. Malah itulah yang dipesan oleh arwah kepada saya dan anak-anak ketika dia masa hidupnya. Arwah seboleh-bolehnya tidak mahu anak-anak menjadi orang seni dan utamakan pengajian terlebih dahulu," katanya.
Selain Zubaidah, 3 anaknya yang masih menerima bantuan daripada Rumah Perlindungan Rahoma adalah Muhammad Saifullah, 16; Muhammad Maqiuddin, 12, serta Muhammad Zaqiuddin, 8. Malah anaknya yang bongsu itu sangat comel dan bersikap agak pendiam.

Kata Zubaidah lagi, sejak pemergian Ismail, mereka sekeluarga tidak lagi dapat pulang beraya di kampung. Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan kerana tidak mempunyai cukup wang.
"Memang susah untuk menguruskan keluarga tanpa suami. Bagaimanapun, hidup tetap diteruskan. Saya sering nasihatkan anak-anak jangan rasa tersisih walaupun mereka tiada ayah," kata Zubaidah.
Namun 2 anaknya yang pertama, Syuja'auddin, 20, dan Thohiratun, 19, sedang menuntut di pusat pengajian tinggi dan mendapat bantuan pihak yang terbabit. Ismail telah meninggal dunia ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadan 2005. Ismail berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah dan cukup dikenali dengan lakonan komedi dan banyak berlakon dengan syarikat Metrowealth Movies dan dibimbing oleh pengarah Profesor Madya A Razak Mohaideen..

Read more


Aset Dato’ Siti Nurhaliza Bernilai RM50 Juta

siti nurhaliza

Mak aih. Kagum dan tabik spring kami kat Dato’ Siti Nurhaliza. Mana taknya, jumlah aset Siti Nurhaliza kesemua sekali bernilai RM50 juta. Ish,ish,ish. Manusia biasa seperti kami nie jangan katakan aset RM1 juta, RM10 ribu pun tak ada lagi skarang nie. Sangat-sangat kami berbangga dengan pencapaian Dato’ Siti nie.

..

..Entah-entah sekarang nie aset Dato’ Siti Nurhaliza sebenarnya dah lebih daripada RM50 juta nie. Sebabnya sumber diambil dari laman web rasmi 2008 MTV Asia Awards. Rasanya logik jugak kot lebih daripada RM50 juta sebab sekarang nie pun Dato’ Siti dah ada jenama kosmetik sendiri. Itu pun harganya mau dah 2, 3 juta tue.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan buat Dato’ Siti Nurhaliza. Tak sia-sia selama 13 tahun bergelumang dalam dunia seni dapat mengumpul harta sebanyak tue. Kiranya pandai jugaklah Dato’ Siti jaga duit-duit dia. At least untuk hari tua nanti dah tak perlu risau nak carik duit dah. Boleh rileks jer kat rumah jaga anak-anak dan cucu-cucu...

Read more


(Video) Soalan Bosan Azwan Ali kepada Nabil Raja Lawak

Memang tak dapat dinafikan bahawa Nabil dan Irma memang sesuai sebagai pasangan kekasih. Comel dan sweet gitu. Dalam rancangan AC Sempoi ini Nabil telah dipersoalkan oleh Azwan Ali dengan soalan yang membosankan. Tapi memang kelakar jawapan Nabil , dengan selamber saja menjawab tanpa cover-cover. Biasalah namapun pelawak kan? Mari lihat video tersebut.

Jawapan Nabil dengan megahnya :

Nabil = Malam tu saya punya lah gembira saya nak kongsi dengan mak saya..tapi yang ada makwe je.kan..jadi terpaksalah saya imagenasikan kepada “situ”..

Haha, Nabil memang terbaik!

..


Read more


Misha Omar nampak pusat

Misha Omar sebenarnya seorang artis yang terkenal dengan sopan santun. Cuma sedikit sopannya hilang ketika berada di atas pentas. Mungkin kerana strateginya mahu menghiburkan peminat. Dalam tidak disangka, baju singkat yang dipakai oleh Misha, ternampak pusatnya. Ketika mana dia memberi tanda hormat kepada peminatnya, dan adalah juru kamera ni, panda amik kesempatan sedikit. Kepada yang posa, jangan tengok gambar nie erk. Ngeh3.

..

..
..

Read more


(GOSIP)Artis Wanita Layan 5 Lelaki Sekaligus?

Terus terang Cik Normah nak cakap, macam mana sesetengah pelakon atau penyanyi wanita boleh hidup serba mewah sedangkan pencapaiannya tidak seberapa? Bukan saja Cik Normah, orang yang berakal pun selalu fikir secara logiknya macam mana mereka boleh mempunyai kereta besar dan berjenama, tinggal di tempat eksklusif, makan di tempat mahal-mahal dan pakaian pakaian berjenama terkenal...

..Jadi, satu hari hampir tersedak seketika Cik Normah apabila seorang teman baik tiba-tiba membisikkan khabar hangat pasal perkara ini ke telinga Cik Normah. Yalah, siapa yang tidak tersentak apabila diberitahu, ada pelakon yang pasang lima lelaki kaya sekali gus?

Cik Normah memang pernah dengar cerita, ada di kalangan pelakon kita yang ditaja atau dibela oleh orang kaya. Kononnya, kalau pelakon itu cantik jelita dan nama pula agak popular, maka ada VIP atau lelaki kaya yang cuba merapati.

Kalau nasib baik, dapatlah pelakon atau penyanyi tadi tadi bersenang lenang seketika dengan kemewahan yang dilimpahkan kepadanya.

Betul atau tidak kisah sedemikian, Cik Normah tidak berani hendak sahkan sebab pelakon yang dimaksudkan oleh rakan Cik Normah itu belum berani menayangkan kemewahan bersama penaja secara terbuka.Setakat berkepit manja macam itu, pernah juga Cik Normah ternampak.

Tetapi, kes terbaru yang disampaikan kawan Cik Normah tadi memang buat Cik Normah geleng kepala. Sebelum ini Cik Normah dengar, pelakon atau penyanyi perempuan selalunya berkepit dengan seorang VIPsaja pada satu-satu masa. Tapi apabila sampai lima penaja, itu sudah kira sejarah baru tercipta.

Khabarnya, apabila hadir ke lokasi penggambaran, si pelakon perempuan ini akan datang dengan kereta mewah yang lain, berserta pegawai peribadinya sekali. Balik pula, dia dijemput kereta mewah jenis lain pula, dengan pemandu lain juga. Cik Normah juga yang asyik turun naik tren dan teksi. Suami Cik Normah pun jarang jemput Cik Normah balik atau hantar pergi kerja sebab dia pun dengan tugasnya.

Masalahnya, Cik Normah tengok pelakon perempuan itu taklah hebat mana pun. Kalau disebut namanya, ramai yang boleh jadi terpinga-pinga. Namanya pun seperti baru saja hendak bertapak. Orang macam ini sebenarnya boleh merosakkan imej pelakon perempuan lain yang menceburi bidang seni dengan niat yang jujur, bukan menjadi tempat untuk mendapatkan kemewahan dengan mudah.

P.S: Apo nak jadi ngan artis wanita Malaysia nie. Orang jadilah kaya sebab memang pandai berlakon. Ini kaya sebab pandai ngorat VVIP. Kang kena balun ngan bini VVIP baru tau.

#Sumber dari Berita Harian..

Read more


(Gambar)Anak Kembar Sharifah Aleya


Ish ish ish. Memang tersangat comel gambar anak kembar Sharifah Aleeya nie. Kami memang suka tengok anak kembar. Cute dia lain macam sikit. Nama anak kembar Sharifah Aleya ialah Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf. Panjang betul nama anak Leya nie. Mesti kena ada dua kad pengenalan sebab nak muatkan nama...

..

Sebab musabab baru sekarang Leya nak tunjuk gambar anak dia ialah pasal Asha dan Ameena nie dilahirkan pra matang. Jadi memang tak moleklah la kan. Lagipun apa salahnya bagi can kat Leya ngan husband dia layan si kembar dua orang nie dulu. Bila dah besar ngan dah makin comel macam sekarang, barulah si Asha dan si Ameena nie diperkenalkan kat media.

Mesti seronok Leya ngan husband dia melayan kerenah anak kembar nie. Dulu kami pun ada jiran yang dapat anak kembar. Cute sangat-sangat. Pakai baju pun sama, cakap pun cara sama sampai kami takleh nak bezakan yang mana satu. Tapi yang penting dua-dua tue kami cubit pipi sampai merah. Hehehe.

Lagi gambar anak kembar Sharifah Aleeya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

anak kembar sharifah aleeya

anak kembar sharifah aleeya

..

Read more


Sharifah Amani Kekasih Damian


Aizat and Liyana Jasmay are an item? Whatever..hahah..Scha and Fahrin are getting married in two years. The same goes for Almy Nadia and Fizz Fairuz. Now we just got news that Sharifah Amani is going out with some guy called Damian. I like the guy but not the hair. Get some comb will ya! :)

Read more


Dian P. Ramlee Kahwin Dengan VVIP


Just the latest news that i heard from a prominent figure from the land of 'Bumi Kenyalang' YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak is married to Actress, Dian P. Ramlee It was said that YAB Pehin Sri and the whole family is a big fan of P. Ramlee. After the passing of his late wife, Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila he remarries to Dian P. Ramlee (a divorcee) just a couple of weeks ago!!! -Peminat

Read more


(HANGAT) Ini ke ‘Amor’ Kris Dayanti?


Khabarnya orang kaya Timur Leste yang jadi ‘amore’ Kris Dayanti namanya Rahul Lemos. dengar nama pon dah tau bukan orang islam. Tapi ‘ganteng’ jugak sih Pak Rahul ni ya. Mungkin sebab itu KD tergoyah hati..

Isteri Pak Rahul pon cakap yang Rahul dan KD dah jumpa banyak kali untuk makan malam peribadi. Tapi KD kata,‘ mana ada sih? Baru sekalik aku pegi ke Timur Leste…’..

..

Tapi ada lagi, ada orang kata yang masa KD pegi Timur Leste untuk buat persembahan tu, dia duduk kat Hotel Timur nombor bilik 119. Pastu Pak Rahul ni pon book hotel sama, nombor bilik 112. Dekat bangat tu….kalau kentut pon boleh bau.

Pastu yang lebih menghangatkan ,masa buat persembahan tu, KD telah dicium oleh PM Timur Leste, Xanana Gusmao.

Alahai, Kris Dayanti, cobalah untuk setia~!!

..

Read more


Fahrin, Scha Kahwin 2011


Hubungan yang terjalin sudah memasuki 10 bulan namun itu tidak bermaksud aktres muda yang sedang meningkat naik, Scha Al-Yahya, sudah bersedia untuk menjadi suri di hati aktor kacak, Fahrin Ahmad sekarang Ketika ditemui pada Isnin lalu, Scha menyifatkan perjalanan cinta mereka berdua masih lagi jauh untuk disudahi ke jenjang pelamin.
..

..

"Mungkin dalam masa 2 tahun lagi. Maklum sajalah, dari segi mental dan fizikal nampaknya saya masih belum bersedia untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi dari sudut kewangan, rasanya belum tiba masanya lagi," katanya.

Menurut Scha, dia tidak menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin sejak 10 bulan lalu, bagaimanapun masing-masing masih belum pernah membincangkan soal perkahwinan kerana menganggapnya terlalu peribadi.

"Secara jujurnya dia tak pernah tanya soal kahwin, begitu juga saya. Malah saya tak pernah menafikan perhubungan ini dan tidak juga berkata 'Ya' atau 'Tidak' dalam beberapa perkara kerana saya memilih untuk lebih bersikap neutral. Daripada apa yang saya tahu, Fahrin masih mencari kestabilan dalam segenap segi," kata Scha. ..

Read more


Awal Ashaari Dah Ada Awek, Sila Jangan Kecewa


Kompem ramai awek-awek di luar sana yang akan melelehkan air mata bila terbaca berita nie. Awal Ashaari dah mengaku yang dia dah awek/gf/kekasih/buah hati. Bayangkan betapa luluhnya, berkecai-kecai jatuh ke tanah hati para peminat-peminat wanita Awal bila tau lelaki idaman mereka sudah berpunya...

..Tapi yang syoknya dengar, awek Awal nie dulu pernah reject dia masa Awal mula-mula tackle dia. Perghh, memang sempoi la minah nie. Mesti hati Awal remuk bila kena tolak mentah-mentah jer masa try ngorat dulu. Tapi sebagai lelaki macho, Awal tak berputus asa. Awal rileks dulu 2 3 bulan then sambung balik ngorat. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya kan?

Akhirnya sekarang nie Awal dan si buah hatinya sedang hangat bercinta. Tapi macam biasa ayat para artis-artis nie diorang akan bagitau yang diorang dalam proses mengenal hati budi. Itu memang ayat standard. Buat Awal dan kekasih hatinya, semoga maju jaya dan cemerlang dalam dunia percintaan. Tahniah buat anda berdua...

Read more


Tun Mahathir, Ako Mustapha, ada Kaitan


Mengikut satu akhbar online tempatan, adalah satu berita nie mengatakan Kakak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah Mohamad, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC), di Alor Setar, kira-kira jam 9.45 PM semalam (Innalillah..)

Allahyarham sebelum ini mengadu tidak lalu makan sejak tiga hari lalu dan mengadu batuk kahak sebelum dibawa ke KMC oleh anak saudaranya, Datin Yasmin Mashahor, kira-kira jam 4 petang. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Akar Peluru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini, kira-kira jam 11 pagi ini...

..Jurucakap keluarga Allahyarham ditemui di kediaman Yasmin di Persiaran Sultan Abdul Hamid, berkata Rafeah ialah anak sulung daripada lima beradik dan meninggalkan seorang anak lelaki, Ahmad Mustafa Md Hassan, berusia 60-an yang juga bekas Pengurus Besar Bernama dan empat cucu termasuk pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha (Ako Mustapha)..

Read more


Cinta Awal Ashaari Ditolak


Pelakon sensasi dan mancho, Awal Ashari kini mengakui dirinya sudahpun menjadi milik seseorang. Walaupun masih dalam proses mengenal hati budi, namun jejaka berusia 28 tahun ini menyifatkan dirinya cukup bertuah dapat mendekati gadis idamannya selama dia hidup.
..

..

"Awal pernah cuba tackle dia dua tahun lepas tapi dia menolak. Awal berhenti hubungi dia seketika dan beberapa bulan lepas kami berjumpa semula dan Awal cuba kembali untuk tawan hati dia dan syukur dia dapat menerima diri Awal seadanya.
"Awal terpikat sebab dia seorang yang sangat independent, bukannya jenis yang mengada-ngada dan sangat berbeza daripada sifat Awal yang manja ni. Sebelum ini memang Awal ada rapat dengan beberapa artis wanita, namun hati belum terbuka untuk bercinta. Kebetulan dia datang pada waktu dan masa yang tepat sehingga hati Awal jadi berbunga-bunga menerima kehadirannya dalam hidup," katanya yang hampir tiga tahun bergelar solo selepas putus cinta pada 2006.
Tidak mengiya mahupun menafikan buah hatinya itu adalah individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air, namun beliau mengakui kekasihnya itu berada dalam lingkungan kehidupan hariannya dan lebih muda daripadanya. ..

Read more


Anang Ceraikan Kris Dayanti Dengan Talak Tiga

itulah kata-kata Anang dengan nada yang sedih tentang hubungan beliau dengan Kris Dayanti kepada media.

..

..Kris Dayanti telah dicerai talak tiga oleh suaminya iaitu Anang pada 19 Ogos lalu dan kes ini telah berlarutan ke mahkamah. Waw bukan calang-calang cerai, tapi cerai talak tiga. Memang tahap kesabaran Alang dah melampaui batas dan niat yang sangat keras ingin menceraikan Kris Dayanti.

Anak-anak Alang juga sedar dengan perlakuan Kris Dayanti yang semakin berubah. Dan Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. Walaupun masih kecil tapi Aureillie kelihatan bijak dalam membahagikan mana baik dan salah...

Read more


Who the hell the man behind Anang & Krisdayanti divorce?


If the rumor about the rich man from Timor Leste behind KD & Anang separation is true then we should commiserate with Anang. You Know what? This is not for the first time KD was reported has an affair with another man. Tohpati is one of it. Be a man Anang! You can find another girl better than a dishonest wife! 13 years is enough.

Read more


(PANAS)Adibah Noor Bengang Bila Ibu Bapa Dicaci


SEBELUM ini, artis terkenal versatil Adibah Noor tidak ambil kisah tentang cacian dan maki-hamun daripada orang yang tidak dikenali mahupun mereka yang dikenali.

Adibah beranggapan itu adalah harga yang perlu dibayar oleh seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan lain-lain.

Bagaimanapun, kesabarannya teruji apabila ibu bapanya turut menjadi mangsa cacian menerusi komen sebuah laman blog baru-baru ini.

Semuanya gara-gara Adibah terlibat dalam program realiti Mentor terbitan TV3. Dia merupakan mentor kepada protegenya, Thye.

Bila kesabaran teruji, Adibah telah bersemuka dengan pengendali blog tersebut dalam satu programnya.

“Saya berani pergi menghentam dia sebab tak puas dengan pelbagai perkara yang dikendalikan dalam blog dia. Mungkin kerana kita ini berani tentang dia…dan dia jadi sakit hatilah.,” katanya ketika menghadiri rakaman khas ‘Mentor Raya’ di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Khamis lalu (27 Ogos 2009).

Menurut Adibah, apabila hati blogger itu menjadi sakit, benda itu menular menjadi barah. “Ia perlu dirawat secepat mungkin sebelum ia menjadi mudarat yang hancurkan diri sendiri,” katanya.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 2006 (kategori balada) menerusi album ‘Terlalu Istimewa’ ini memberitahu komen-komen tersebut meremukkan hatinya...

..“Walaupun dia hina saya, tak apa, tak kisah, tapi saya agak hampa dan kecewa seorang yang terpelajar macam dia boleh mengutuk sampai ke mak bapa saya.

“You bacakan blog itu? Sampaikan mak bapa saya diajarnya supaya tidak melahirkan anak-anak haram seperti saya. Itu perkataan dia, bukan perkataan saya. You baca, memang ada kat situ.

“Mula-mula dia suruh emak bapa saya ajar saya supaya tidak jadi kurang ajar. Lepas itu pula dia ajar emak bapa saya supaya …. tidak lahirkan anak-anak haram….macam saya,” ujar Adibah yang berlakon dalam filem Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2007), Buli Balik dan Talentime (2009) arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Walaupun kesedihan terpendam di lubuk hatinya, Adibah tetap menyimpan sekelumit belas kasihan terhadap individu tersebut.

Katanya, dia percaya individu terbabit memerlukan rawatan segera ekoran sakit yang begitu tenat.

“Malah saya doakannya agar dia cepat sembuh. Daripada kita kutuk dia balik yang tidak ada jalan penyelesaiannya, lebih baik kita galakkan dia cari jalan untuk merawat hati dia.

“Saya rasa dia memerlukan bantuan. Dia mungkin perlu jumpa ustaz untuk rawat hatinya yang terlalu sakit. Saya bukan cakap ‘klise’, tapi macam tak percaya orang macam dia boleh mengeluarkan bahasa ‘out of this world’. Bahasa sekesat-kesat, maki hamun,” kata Adibah.

“Saya tidak kisah tapi hampalah sebab dia sering melaungkan dia seorang graduan, seorang yang gah. Namun kenapa sampai nak mengeluarkan bahasa-bahasa sebegitu…Kutuk biarlah kutuk saya seorang. Janganlah sampai kepada emak bapak kita,” jelas Adibah yang berharap dapat mengeluarkan album kedua sebelum akhir tahun ini.

Album kedua Adibah itu akan mengekalkan format album pertamanya, ‘Terlalu Istimewa’ (Disember 2005) yang mencampuradukkan pelbagai genre seperti joget, R&B, jazz dan lain-lain kecuali dangdut dan etno.

Ditanya bagaimana dia tahu tentang komen blog tersebut, Adibah memberitahu, para peminatnya yang memaklumkan perkara itu kepadanya.

“Bila peminat beritahu, mereka suruh baca blog tersebut. Saya kata tak payah bacalah, ‘it’s okay’… saya tak ambil hati…

“Bila kata tak nak baca, mereka pergi ‘cut and paste’ dalam emel saya dan blog saya… Nak tak nak, saya bacalah untuk memuaskan hati mereka,” ujar Adibah yang terus terguris hati.

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Adibah masih tidak percaya komen-komen dihamburkan oleh seorang kenalannya.

“Sedih sebab tak masuk akal,” katanya yang sebelum ini turut menerima ejekan sedemikian rupa daripada orang yang tidak dikenalinya.

“Sejujurnya, saya pun dah cuba nak jauhkan diri daripadanya….dan iyalah… mungkin cara itulah dia menghiburkan diri.. Tapi yang kita tak suka, kita jauhkan diri,” tambah Adibah...

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters