Gambar Anak Kieran Jazkiran, Adam

Sharifah Aleeya had a special event organised to introduce her babies to the media recently but not the low profile DJ Kieran Jazkiran. His baby, Adam is 6-month old now. Bila dengar name Jazkiran ni rasa cam nak berzikir lah..apa-apa pun halalan at toyiban.. :)

kieran-jazkieran-anak-adam copy

..

....

Read more


Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza


Kelmarin (11/09) Datuk Siti Nurhaliza telah selamat melancarkan album terbarunya yang berjudul, Tahajjud Cinta. Album ini akan memuatkan lapan buah lagu Islamic iaitu 'Asma Ul Husna', 'Ku Percaya Ada Cinta', 'Pintu Rindu’, ‘Tahajjud Cinta’, ‘Batasku Asaku’, ‘Ya Rasulullah’, ‘Ketika Cinta’ dan ‘Selawat’ telah berada di pasaran mulai 9 September lalu yakni sebelum Hari Raya Puasa 2009. Jadi anda belilah album ni, best or tak, bergantung kepada anda juga. Ngeh3...

....

Read more


(TAHNIAH)Zahida Rafik, Ini Baru Betul Artis Contoh

zahida rafik

Kagum. Sesungguhnya kami memang kagum, terkagum, mengkagumi dan berkagum dengan usaha Zahida Rafik. Tiada ucapan lain selain tahniah yang patut kami berikan kepada Zahida Rafik. Sememangnya dia deserved untuk diberikan ucapan tahniah. Tiada kompromi lagi.

Kenapa kami beria sangat nak memuji Zahida Rafik nie? Untuk anda yang tak tahu, Zahida dalam senyap-senyap dah pun menubuhkan satu persatuan amal yang diberi nama Friends Ukhuwah. Nama pun dah sedap didengar kan? Apa kejadahnya Friends Ukhuwah nie pulak? Haaaa (baca dengan nada kagum). Meh sini kami cerita.

..

..Friends Ukhuwah ini adalah satu pasukan amal yang ditubuhkan oleh Zahida Rafik ngan bantuan kawan-kawan dia. Diorang dah aktif bergerak membuat kerja-kerja amal dari awal tahun 2009 lagi dah. Antara aktiviti diorang ialah meraikan anak-anak yatim, membantu mangsa HIV dan AIDS, menganjurkan majlis berbuka puasa dan macam-macam lagi lah. Memang terbaiklah Zahida Rafik nie.

Yang tambah terbaik dan mengkagumkan ialah selepas 9 bulan barulah Zahida berjaya dikantoikan buat persatuan amal nie. Memang zuhud tahap tinggi nie. Senyap jer dia buat kerja amal. Tak kecoh-kecoh. Tak ada nak masuk TV ke majalah ke. Orang kata sampai tangan kiri pun tak tau lah dia buat kerja macam nie. Memang wajar dijadikan artis contoh.

Buat Zahida Rafik, tahniah daripada kami atas usaha anda. Teruskan niat murni anda untuk membantu mereka-mereka yang tak berupaya dan kurang bernasib baik. Kalau ada masa nanti, jemputlah kitorang sekali. Kami pun nak join jugak buat amal kebajikan nie...

Read more


Nana Dicerai Talak Dua Guna Telefon Je


Ciannya kami kat Siti Nordiana nie. Memang dah confirm kena cerai talak dua dengan bekas suami dia guna telefon jer. Muda-muda lagi dah jadi janda. Nasib baik masih hot gitu. Rasa-rasa nanti ramai ke Dato’-Dato’ nak try masuk line ngorat si Nana nie?

Bila baca-baca balik penjelasan Nana nie, nampak macam dah kena cerai sampai talak tiga. Confuse sekejap kami dibuatnya. Mungkin korang boleh cuba baca pengakuan Nana nie dan memahami berapa banyak talak sebenarnya si Nana nie diceraikan.

Untuk membaca dengan lebih jelas kronologi penceraian Nana dengan suaminya Faizal, sila baca artikel ini selengkapnya...

.. Nana, 25, yang kelihatan tenang ketika ditemuramah para wartawan menjelaskan bahawa tindakannya memfailkan penceraian terhadap Faizal, 31, kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka dan Faizal telah bertindak melafazkan cerai kepadanya sebanyak dua kali dalam bulan yang sama.

“Nana masih belum lagi failkan permohonan (cerai) tersebut, ikutkan dalam minggu ini tetapi sekarang Nana agak sibuk jadi mungkin dalam minggu depan Nana akan failkan di mahkamah Seremban.

“Nana tak boleh nak tunggu selepas raya kerana dia dah lafazkan cerai pada Nana dengan talak dua dan pihak mahkamah juga nasihatkan Nana untuk failkan dengan kadar yang segera.

“Sebenarnya dia dah lafaz ceraikan Nana sebanyak dua kali dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos yang lalu, kali pertama tu dia ceraikan Nana dengan talak satu, tetapi kami rujuk kembali secara bersendirian dan pada hujung Ogos dia lafazkan lagi sekali dengan talak dua.

“Jadi Nana rasa dah tak boleh nak tangguh lagi dan memang Nana dah nekad untuk berpisah dengan dia,” jelas Nana yang telah banyak melakukan solat hajat dan mendapat petunjuk bahawa berpisah adalah jalan penyelesaian yang sesuai.

Ditanya apakah punca sebenar keretakan rumah tangganya bersama Faizal, Nana hanya mengatakan mereka sudah tidak sependapat dan tidak mahu mendedahkan punca lain kerana perkara ini masih belum mendapat pengesahan dari pihak mahkamah.

“Puncanya hanya kami sudah tiada persefahaman, kami sudah berbeza dari segi pendapat itu sahaja… punca yang lain Nana tak boleh nak dedahkan lagi buat waktu ini.

“Ikutkan dia dah ceraikan Nana dengan talak tiga, tapi lafaz dia pada kali pertama tu masih tidak dapat dipastikan lagi sah atau tidak.

“Dari awal perkahwinan lagi kami sudah selalu berselisih pendapat, tetapi kami sentiasa cuba untuk menyelamatkan perkahwinan kami, cuma kali ini Nana rasa dah tak boleh nak diselamatkan lagi…

“Pintu hati Nana juga buat masa ini sudah tertutup untuk bersama dia semula dan memang Nana dah nekad untuk berpisah,” ujar Nana yang turut memberitahu dia diceraikan hanya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Faizal.

Menurut artis yang berasal dari Negeri Sembilan ini juga, perkahwinannya bersama Faizal bukanlah satu kesilapan yang dilakukan sebaliknya Nana menganggap semua ini sebagai satu pengajaran dalam meneruskan hidup.

“Bagi Nana perkahwinan ini bukan satu kesilapan, sebaliknya satu pengajaran buat Nana untuk meneruskan hidup selepas ini.

“Faizal bukanlah seorang lelaki yang jahat, dia pun banyak mengajar Nana erti kehidupan dan menjadi seorang yang kuat.

“Walau apa yang terjadi selepas ini, dia masih lagi merupakan kawan Nana dan Nana dah bersedia untuk teruskan hidup tanpa seorang suami.

“Nana kira bernasib baik kerana perkara ini berlaku semasa Nana masih muda, sekurang-kurangnya Nana masih mampu untuk bekerja lagi untuk membela nasib Nana dan anak kami, Muhammad Rayyan Nakhaie,” kata Nana yang sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Faizal.

Kini Nana hanya menunggu detik untuk memfailkan permohonan cerainya dan akan buat penampilan semula dalam industri hiburan setelah semua masalahnya dapat diselesaikan kelak.
..

Read more


Suami Anita Sarawak Ditetak Perompak Bersenjatakan Parang!

Tindakan berani suami Anita Sarawak, Mahathir yang melawan rompakan bersenjata daripada 4 orang yang disyaki bukan rakyat tempatan telah menyebabkan kesan tetakan di belakang kepala’nya. Memang tidak disangka’kan, rompakan telah dilakukan sekitar pukul 6 petang, semalam. Aku rasa’kan, sebab orang Malaysia hendak beraya, jadi seperti biasa mamat-mamat Indon punya kerja’lah ni. Kalau nak tahu cerita, di taman Mr.M sendiri, sudah 2 buah rumah dimasuki pencuri, dan memang 100% Indon. Memang boleh agak dah…..

..Mengikut cerita, pasangan Anita Sarawak & Mahathir bersama pemandu peribadi mereka telah melawat ibu tiri Anita Sarawak, Datin Umi Kalthum. Jadi, sewaktu pemandu Anita Sarawak, Tan keluar dari kereta & memanggil Umi, tiba-tiba Tan di’datangi oleh 4 perompak yang menaiki 2 buah motosikal. Habis’lah kesemua barangan peribadi Tan diambil seperti dompet & handphone.

Brader Mahathir yang duduk dalam kereta pula, terus keluar & mengunci kereta. Dengan niat untuk menolong Tan, Mahathir menjerit meminta tolong. Memang dah dasar perompak, tengah panik pun masih sempat tetak kepala Mahathir dengan parang. Eyh, lu bikin wa panassss je beb!

Sekarang, suami Anita Sarawak dilaporkan stabil. Syukur tiada benda yang lebih buruk berlaku...

Read more


“Saya Tidak Kisah Tayang Lurah Dada’ – Kata Haliza Misbun Si Artis Tak Laku


Apa lah motif’nya si Haliza Misbun buat kenyataan begini, lagi-lagi di bulan puasa. Memang free-free je dapat nasihat sinis daripada kami & juga pembaca OHBULAN!. Motif’nya, Haliza Misbun tidak kisah pun menayang lurah buah dada’nya yang memang khas untuk dijadikan santapan buat penonton filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’

Kata’nya, buat rugi sahaja penonton membeli tiket mahal-mahal, tapi tak dapat tengok benda yang menarik. Jadi, untuk filem ini, memang Haliza berikan lurah terbaik & mendalam untuk penonton. Kaedah’nya, kami tidak mengerti, masih adakah penonton yang mahu melihat seorang artis wanita yang…errkk, sizen? outdated? kuno? – Anda boleh tambah sendiri sebarang perkataan yang sewaktu dengan’nya...

.. “Apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton.” kata Haliza Misbun dengan aksi terlampau

Kata’nya lagi, dia ingin membuat sedikit perubahan dari segi watak kerana selama ini dia hanya memegang watak serius. Maka, filem terbaru ini dia cuba memberikan watak komedi, yang pertama kali baru di cuba semenjak menjadi pelakon.

“Filem terakhir saya, ‘Scoop’ tidak begitu berjaya dan ada pihak yang menyalahkan saya kerana berpendapat wajah saya tidak boleh dijual. Jadi, saya harap dengan filem terbaru ini, persepsi orang akan berubah.”

Ha pandai sangat! Muka tak boleh dijual, hok benda alah lain pula yang dijual’nya. Lepas ini, tak tahu lah, kalau dah lisut bagai, benda apa lah nak dijual’nya...

Read more


Muka Buruk Vanida Imran

Buruk ke muka Vanidah Imran nie, sejak sudah beberapa lama tidak keluar di media-media, peubahan pada muka Vanidah Imran kali ini amat menakutkan, bersisik dan sebagainya. Apa dah jadi dengan Vanidah Imran nie? kerana terlalu menggunakan alat kecantikan atau ubatan tradisional yang memakan dirinya sendiri. Dengar perkhabaran rupa-rupanya dia sedang berlakon untuk Filem terbaru arahan Afdlin Shauki, bertajuk Jalan Lama yang bakal ditayangkan mungkin tahun depan kot. Nghe3.

..

....

Read more


Julfekar, Farawahida Masih Bertelagah

Murai Batu sangka, apabila Farawahida dah keluar menyanyi semula dan membuat banyak fotosesi dengan pihak media akhir-akhir ini, kes dia dengan bos Millennium Art, Julfekar, dah selesai. Manalah tahu mereka dah ambil keputusan nak selesai luar mahkamah atau melalui perbincangan dari hati ke hati. Rupa-rupanya tidak.

Mungkin ramai yang tengok program Melodi Ahad lalu yang menunjukkan Julfekar atau Jul yang juga seorang duda, sudah hilang sabar dan bercakap sambil memegang kontrak hitam putihnya bersama Farawaheeda atau nama manjanya, Fara.

Antaranya, Jul mendakwa kontrak Fara masih sah dan dia saja yang berhak membuat keputusan berhubung segala yang berkaitan dengan karier nyanyian Fara itu. Difahamkan, Fara telah meletak jawatan pada 9 Februari 2009 sedangkan kontraknya tamat pada 19 Februari 2009, tidak termasuk tempoh option tanpa notis sehingga 19 Februari 2010 yang berhak ditentukan oleh Jul...

..Bukan itu saja, Jul akui dia telah bercinta dengan Fara sejak usia Fara 17 tahun lagi yakni ketika di Tingkatan 5! Malah
segala yang berlaku antara dia Fara memang diketahui oleh ibu Fara sendiri. Haa macam mana tu? Siap ada SMS dari seorang kekasih lagi (Fara) dipaparkan.

Murai Batu difahamkan, itulah juga pendedahan yang pernah dibuat oleh Jul kepada beberapa rakan wartawan yang rapat dengannya sejak kemelut mereka tercetus. Cuma selama ini wartawan pun malas nak panjangkan cerita. Tapi bila Murai Batu tengok Melodi tempoh hari, nampak gaya Jul makin marah selepas Fara terus-terusan memberikan kenyataan yang disifatkannya tidak benar dan berbaur fitnah aniaya.

Kata Jul lagi, Fara mendakwa dia dipukul, dikongkong, tidak pernah merasai duit titik peluh sendiri malah tidak pernah bercinta pun dengan Jul.

Yang menggemparkan tentulah pasal video lucah Jul sekali lagi mendakwa video lucah itu tidak pernah wujud seperti yang didakwa dan itu hanyalah bayangan Fara sendiri. Hai, betul ke? Lantaran, Jul telah pun memfailkan saman ke atas Fara di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Ogos 2009 lalu kerana mahu menuntut haknya dan membersihkan kembali namanya yang telah terjejas teruk. Jul juga menuntut RM436,000 sebagai jumlah ganti rugi daripada pihak Fara berkaitan kos rakaman, promosi dan nyanyian.

Apa yang dapat Murai Batu katakan, pada hari baik bulan baik ini, Murai Batu hanya berdoa agar kemelut antara Jul dan Fara akan boleh diselesaikan secepat mungkin dan carilah jalan terbaik agar kes ini tidak memalukan diri mereka sendiri. Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih dan Fara pergilah berbincang dengan Jul sebelum terlambat.


MURAI BATU: Harap kalau sesiapa yang nak jadi artis, fahamilah dulu segala isi kontrak dari A - Z. Kalau masih bawah umur, penjaganya haruslah minta nasihat mereka yang arif untuk membantu memahami segala isi kontrak...

Read more


Gambar Panas: Aksi Peserta Gadis Melayu Di Ranjang!

Satu demi satu gambar aksi panas peserta GADIS MELAYU terbongkar. Kali ini satu gambar yang singgah di meja kami turut menampilkan aksi menggiurkan yang cukup menggemparkan semua jejaka di luar sana. Bukan sahaja Sharifah Soraya Jasmine dan Shazfinas yang bermanja di katil, malah beberapa peserta GADIS MELAYU yang lain juga…fuuuhh..

gadis-melayu-diranjang

Read more


Anak Norman Suka Auntie Memey

Sejak kes khalwatnya, nama Memey Suhaiza seakan sudah sinonim dengan kontroversi. Terbaru, isu dia menemani Norman Hakim dan tiga orang anaknya menziarah ibu Norman di Kuantan, Pahang ketika cuti sekolah. Dedah Memey, itulah kali pertama dia berjumpa dengan anak-anak Norman yang mesra memanggilnya 'auntie Memey'. Menurutnya, tidak disangka mereka dapat menerimanya dengan hati terbuka.

..

.. "Penerimaan mereka terhadap saya okay. Saya pun agak terkejut. Mereka tahu apa yang berlaku, walaupun perkara yang remeh. Mereka mungkin budak kecil tetapi cara percakapan mereka seperti orang dewasa. Di sebalik apa yang berlaku, mereka dapat menerima kehadiran saya.

"Danish seorang budak yang sangat 'open' dan mudah mesra. Dania mengambil masa untuk menerima saya. Tapi lepas dia tengok saya okay, dia dapat menerima saya sepenuhnya. Selepas itu, dia menjadi sangat rapat dengan saya, taknak berjauhan. Pergi mana, nak saya ada sekali."

Tambah Memey, sejak hari itu, mereka masih berjumpa, adakalanya keluar berjalan-jalan dan berbuka bersama...

Read more


Gambar Seksi Fizow Omar

Pelakon lelaki yang makin meningkat namanya, Fizow Omar semamangnya tidak asing lagi kehensemannya yang boleh mengoda segelintir wanita. Itu tidak dinafikan lagi, apabila dia tanpa segan membuka bajunya dan menayangkan 'body' nya. Maka terserlahnya 'sexy boy' yang dipergayakan oleh para modeling-modeling lelaki yang lain. Tips selamat, jangan tengok pusatnya, aurat tue. Ngeh3.

..

....

Read more


Memey Tolong Jaga Anak Je!

Memey kata dia tolong jaga anak Norman Hakim aja, sebab Norman Hakim kena drive…mana boleh drive sambil pegang anak, betul gak tu. Kang kalau brek mengejut jatuh pulak baby..bahaya tu.

“Kebetulan, waktu itu Norman membawa tiga orang anaknya termasuk ‘baby’ (Danisha) jadi agak sukar untuk dia memandu.

..

.. “Jadi, saya tolong jaga ‘baby’ itu untuk dia dan ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan anak-anak dia,” jelas Memey yang enggan bercerita lebih kerana bimbang sekiranya kenyataannya nanti menimbulkan isu lain pula.

Kebetulan je tau korang, bukan plan pon! Jangan buat isu pulak OK.

Menyentuh tentang desas-desus mengatakan Memey memanggil Norman ‘sayang’ pula, gadis berusia 21 tahun ini hanya tersenyum sipu tanpa mengiyakan atau menafikannya.

Orang dulu-dulu kata, Malu tandanya setuju…

Seperti biasa apabila diduga dengan soalan bila mereka akan berkahwin, Memey menjawab dia tidak menolak jodoh dengan Norman tetapi mereka tidak mungkin akan bersatu dalam masa terdekat ini.

Hmmm…...

Read more


Aliff Aziz: Tak Pasti Siapa Perempuan Yang Dicium

Susah jugak jadi artis nie rupanya. Dah ramai sangat peminat sampai boleh tak ingat siapa yang kita cium. Itulah komen Aliff Aziz pasal gambar panas bercium dia. Adakah Aliff Aziz mempunyai short term memory problem? Atau memang hobi dia mencium mana-mana perempuan yang dia kenal? Takpun maybe sebab dah ramai sangat pompuan jadi mangsa ciuman dia sampai dah tak ingat yang mana satu pompuan dalam gambar tue?

Ini yang bertambah semangat kami nak menjadi seorang artis nie. Anda tak perlu kenal awek atau pakwe mana anda nak cium. Main bantai cium jer. Layannnnn jer. Biasalah kalau dah jadi artis. Femes sangat sampai peminat-peminat dan awek-awek beratur nak bercium dan berpeluk ngan kita. Buat macam Touch N go jer. Hehehe...

..Apa-apa pun tahniah buat Aliff Aziz sebab berani mengaku sememangnya lelaki dalam gambar panas bercium Aliff Aziz yang kami keluarkan semalam adalah dia. Tahniah jugak sebab berani meminta maaf dan mengakui kesilapannya. Lain kali berhati-hati ye. Awak tue baru umur 18 tahun. Panjang lagi karier sebagai seorang artis. Jangan disebabkan gambar nie hancur pulak karier tue...

Read more


KD Tak Kisah Dicemuh Gara-Gara Bukunya

Sejak Krisdayanti melancarkan buku kontroversi My Life My Secret yang memuatkan segala yang sejarah hitam dalam hidupnya, penyanyi terkenal Indonesia itu tidak henti-henti menerima cemuhan.

Malah, tindakannya mengulang cetak semula buku itu dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara termasuk Malaysia, turut mendapat kecaman yang hebat daripada beberapa pihak di sana.

Yang nyata, Krisdayanti yang lebih mesra digelar KD, langsung tidak gusar dengan pendedahannya tentang ketagihan dadah suatu ketika dulu serta kisah pergolakan rumah tangganya yang sudah menjadi buah mulut di rantau ini...

.."Saya berharap apa yang saya paparkan dalam buku itu sama sekali tidak akan mengurangkan kecintaan peminat terhadap saya. Saya sedar pasti akan ada yang kecewa apabila membacanya tetapi itulah kenyataannya.

"Setiap orang punya kisah silam masing-masing tetapi apa yang penting di sini ialah bagaimana kita mampu berjuang untuk menghadapinya dengan berusaha untuk menjadi lebih baik," kata penyanyi lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu itu.

KD yang diakui mempunyai peminat yang cukup ramai di Malaysia juga tidak khuatir apabila saat ini dia dihina serta dijadikan bahan kritikan masyarakat.

"Saya terima segalanya risiko tentang pengedaran buku ini dengan tenang. Saya juga sudah biasa dicemuh. Tapi apa yang penting saya memang mahu ke sana (Malaysia)," katanya yang baru-baru ini menerima penghargaan Anugerah Senayan City's Infinete 2009.

Difahamkan, KD akan datang ke Kuala Lumpur selepas raya nanti untuk melancarkan buku itu.

Baru-baru ini dia dilaporkan telah diceraikan dengan talak 3 oleh suaminya, Anang Hermansyah. Anang mendakwa KD seringkali curang terhadap dirinya dan ia juga diketahui oleh anak-anak dan rakan artis yang rapat dengannya.

Tidak lama dulu dalam sebuah buku lain, KD juga antara artis yang membuat pengakuan menggunakan suntikan Botox ke atas wajahnya. Dia dikatakan menerima hadiah barangan berjenama yang mahal-mahal daripada rakan artis termasuk Dato' Siti Nurhaliza yang juga salah seorang rakan baiknya.

Kali terakhir KD ke sini adalah untuk menonton Konsert Satu Siti di Istana Budaya (IB) dan dia begitu terharu melihat hasil persembahan penghibur terkenal dari Kuala Lipis itu...

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters