Zizan Raja Lawak Cari Jodoh

Rupanya Zizan Raja Lawak masih menyolo sejak tragedi Hari Raya tahun lepas. Memang sukar difahami apakah yang dimaksudkan dengan tragedi berkenaan. Namun itu kisah lalu, bagi Zizan, dia mahu membuka lembaran baru dengan kekasih baru yang masih dicari-carinya lagi, memandangkan Johan, rakan selawaknya sudah bernikah dan dikhabarkan isterinya sudah disahkan hamil. Zizan juga trauma bila mendengar perkataan cinta.

"Sekarang saya tengah cari calon selepas kejadian buruk yang berlaku raya tahun lepas. Memang saya sedih, kawan-kawan rapat saja yang tahu keadaan saya.
"Lepas kejadian itu, saya tak fikir untuk bercinta. Bila bercinta semuanya indah sebab cinta itu buta, oleh itu saya perlukan kawan-kawan untuk turut menilai wanita yang rapat dengan saya.
"Saya beringat sebab saya berkahwin bukan untuk diri saja tetapi untuk keluarga," ujar Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Leez AF suatu ketika dulu.

Read more


Awal Ashaari Kekasih baru Scha?

Belum sempat melihat sepasang kekasih, Scha dan Fahrin mengacarakan program Sehati Berdansa, dikhabarkan pasangan itu sebenarnya sudah putus cinta beberapa hari selepas umat Islam menyambut 1 Syawal. Betul ke? Tak dapat nak pastikan tentang khabar ini. Yang penting hal ini sudah tersebar di kalangan teman-teman media, cuma belum mendapat kepastian lagi daripada tuan empunya diri.

..

..Aduh, takkanlah, kita nak lihat Fahrin sering bertukar pasangan dalam program Sehati Berdansa? diharap Scha dan Fahrin dapat menjelaskan hal sebenar tentang status mereka berdua. Tapi kalau boleh, biarlah mereka kekal bahagia sebab mereka tampak begitu sepadan terutama dalam iklan Celcom baru-baru ini. Tapi kalau jodoh tak kesampaian, takkan nak dipaksa bukan.

(((( Actually kengkawan terapat Awal mengesahkan Awal now yang kecoh-kocoh in love tu sebenarnya now bercinta dengan Scha!!. Awal ngan Scha main balas-balas status kat BBM (Blackberry Messenger). Siapa yang ada Blackberry dan ada awal and Scha dalam list dia tau la kesah ni. Hehehe.. Tunggu sikit hari lagi untuk terbongkar.. ngeh ngeh ngeh.. -Peminat))..

Read more


Pertunangan Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

Malam kelmarin (29/9), majlis pertunangan Umie Aida dan Datuk Khairuddin Abu Hassan dilangsungkan dengan meriah sekali di kondominium yang bakal menjadi tempat tinggal mereka, bersama dua orang anak angkat Umie selepas berkahwin kelak. Majlis dihadiri ahli keluarga dari kedua belah pihak serta para media. Walaupun Datuk K tidak menghadirkan diri kerana menurut Umie, dia terlalu peribadi orangnya, namun ibunya, Balkish Ahmad hadir untuk menyarungkan cincin pada bakal anak mertuanya.

Antara selebriti yang hadir termasuk Erra Fazira dan suami Engku Emran, Zahida Rafik, Nora Danish, Lisa Surihani, Sofea Jane, Nasha Aziz, Chef Wan, Iqram Dinzly, Noryn Aziz, Jasmin Hamid, Ako Mustapha dan isteri serta pengarah Kabir Bhatia dan isteri Mira Mustaffa.

..

....

Read more


Tunang Jaclyn Victor

Penyanyi yang memiliki suara paling lantang, Jaclyn Victor dalam diam-diam sudah pun menjalinkan hubungan pertunangan dengan tunangnya selama 3 tahun. Tunangnya itu, Chris Bellamy yang menetap di UK sememangnya jarang dapat dilihat di Malaysia, cuma untuk keadaan-keadaan tertentu sahaja. Melihat daripada ini, Jaclyn telah membuat perancangan untuk berkahwin dengan Chris Bellamy dengan kadar cepat dan beringinan untuk tinggal di Malaysia sahaja selepas mereka berkahwin.

Read more


Fasha Sandha Hanya Omong Kosong

Fasha Sandha memberitahu dia akan bertunang September ini sementara majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan pada awal tahun depan. Dalam akhbar Harian Metro, bertarikh 31 Mei, sambil menunjukkan cincin berbentuk hati yang disarungkan di jari manis tangan kirinya, Fasha berkata, "Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan."

Ketika itu, identiti bakal suaminya dirahsiakan dengan ketat. Yang hanya dikongsikan "orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya." Lebih pentingnya, "dia bukan suami orang, jauh lagi duda." Malah dalam temubual itu, Fasha juga mendedahkan keputusannya untuk bersara dari bidang lakonan, atas permintaan bakal suaminya.
..

..Dua bulan kemudian, laman web mstar menerbitkan satu temuramah dengan Fasha pada 22 Julai, dimana dia dipetik berkata, "InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu." Setelah lama berteka-teki, identiti buah hati Fasha didedahkan di Harian Metro, edisi 19 Ogos. Orang yang dimaksudkan bukannya bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli (Jejai) tetapi ekuesterian negara, Qabil Ambak.

“Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman," kata Qabil
Tetapi nampaknya, apa yang dijanjikan selama ini tidak mampu Fasha tepati..

Read more


(GOSIP)Siapa Penyanyi Yang Taksub Dengan Rasul Melayu?

rasul melayu

Adeh. Pening kepala kami baca pengakuan seorang penyanyi reggae 80-an pasal Abdul Kahar Ahmad yang lebih pemes dengan nama “Rasul Melayu”. Memang habis taksub betul penyanyi berusia lebih kurang 50 tahun nie. Cuba korang baca kenyataan dia nie:-

Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudutundang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menuju ke syurga

Ish-ish. Yang kami tak fahamnya terang-terang sangat si Rasul Melayu palsu nie dikantoikan tak puasa masa Ramadhan ari tue. Kalau pikir logik dengan terkantoinya tak puasa, compem la sangat sesat ajaran dia nie. Kan pose tue wajib. Camner ntah leh jadi Rasul kalau tak pose. Ish-ish.

Nie satu lagi kenyataan penyanyi 80-an nie. Compem mamat nie dah kena brainwash dengan clorox ngan Haji Kahar:-

Tidak mengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkan jiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran.

Lepas baca kenyataan yang satu nie plak, kami dengan yakinnya percaya penyanyi 80-an nie dah terencat akal. Ada 2 kemungkinan iaitu dia sememangnya dilahirkan terencat ataupun dia dengan sengajanya merencatkan diri.

Rasul juga diturunkan kepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorang Rasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadi bila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti

Budak kecik darjah 6 pun tau yang Nabi Muhammad tue nabi terakhir. Memang power Haji Kahar nie boleh brainwash bapak budak umur 50 tahun supaya percaya dia pengganti Nabi Muhammad. Rasa-rasa dia pakai clorox jap apa ek?

Kalau korang nak baca cerita penuh penyanyi mereng + gila nie yang keluar kat Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya..

..Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudutundang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menujuke syurga,” dakwa bekas penyanyi kumpulan era 80-an yang menjadipengikut taksub ajaran Abdul Kahar Ahmad atau ‘Rasul Melayu’.

Penyanyi reggae itu yang enggan namanya disiarkan berkata, pengakuanbersalah ‘Rasulnya’ bukan bermakna mereka mengalah dari sudut prinsip,malah ia membuktikan kebenaran ajaran Haji Kahar.

Menjelaslanjut mengenai alasannya, penyanyi berkenaan berkata, syarat untukmelayakkan seseorang masuk ke syurga ialah mengamalkan ajaran HajiKahar yang menekankan lima asas utama.

“Sikap ini perlu 100peratus ada dalam hati dan saya mengambil masa 25 tahun untukbenar-benar mencapai peratusan ini menyebabkan saya yakin akan masuksyurga seperti yang bakal dinikmati Haji Kahar.

“Ini ajaran sebenar. Jadi apabila Haji Kahar mengaku bersalah, iamembuktikan dia tidak mahu ‘berkeras’ dan menentang undang-undang,sekali gus mengekalkan lima perkara asas itu dalam dirinya,” katanya.

Menurutnya, apabila orang lain enggan menerima ajaran itu, untukapa Haji Kahar ‘berkeras’ sedangkan sifat itu bertentangan ajarannya.

“Bila dia menunjukkan sifat cuba melawan undang-undang, maka wujudsifat negatif. Mana ada dalam ajarannya sifat negatif…jadi sebab itulebih baik mengaku salah, tetapi ia bukan bererti kalah.

“Kalau orang tak percaya, apa boleh buat… nanti orang cakap hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong,” katanya.

Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan wakil Harian Metro, penyanyiberusia lewat 50-an itu mendakwa, kalau semua orang mengikuti asasajaran sesat itu, dunia akan menjadi tempat paling bahagia dan selamattanpa perlu ada pihak berkuasa untuk memantau keadaan.

“Tidakmengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkanjiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran (HajiKahar),” katanya yang begitu taksub terhadap ‘Rasul Melayu’ yangmengaku bersalah di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam terhadap limapertuduhan, kelmarin.

Penyanyi itu mendakwa, Islam yang sebenarbukan sekadar menunaikan solat lima waktu, puasa, zakat atau menunaikanhaji, tetapi lebih kepada membersihkan hati dengan sikap positif.

“Saya sudah mengikuti ajaran Haji Kahar selepas membuat kajian danyakin dia ‘Rasul’ yang diturunkan setiap satu kurun. Rasul bermaknaseorang yang menyampaikan teladan baik tapi nabi ialah orang yangmenerima wahyu iaitu Nabi Muhammad.

“Rasul juga diturunkankepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorangRasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadibila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti,” katanya.

Beliau juga memuji Haji Kahar yang disifatkannya ‘Rasul’ di kalanganumat Melayu kerana tidak pernah diazabkan walaupun sudah secara terbukamendakwa sebagai ‘Rasul’.

“Awak ingat senang-senang dia (Haji Kahar) hendak mengaku Rasul. Jika tak betul, Tuhan akan azab dia.

“Haji Kahar mengaku ‘Rasul’ sebab dia benar-benar mempunyai kelayakandan saya mengikut dia dan sudah memperoleh separuh apa yang diajarnya,”katanya.

Menurutnya, Haji Kahar tidak pernah menjadi gurukepada pengikutnya, sebaliknya hanya bertindak sebagai pembimbing untukmencapai lima perkara itu berdasarkan potongan terjemahan al-Quran.

Dia turut mempertikaikan kebenaran hadis nabi kerana mendakwa ia bukan 100 peratus betul, sebaliknya sudah bercampur aduk.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, penyanyi terbabit turut menunjukkansalinan beberapa surah al-Quran seperti Al-A’raf, Al-Ankabut, Al-Alaq,Ali Imran dan Az-Zumar yang ditandakan bagi menyokong lima asas ajaranHaji Kahar.

Penyanyi terbabit turut mendakwa Haji Kahar turut merantau ke seluruh dunia termasuk ke Israel untuk menguji diri samaada dia seorang ‘Rasul’ atau tidak selepas menerima ‘petunjuk’...

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters