Benjy Ditahan Semula Selepas Diikat Jamin 2 Jam

benjy

Pelik tapi benar. Semalam Benjy ditahan semula lepas 2 jam dibenarkan ikat jamin. Lepas mak Benjy, Azean Irdawaty selesai bayar wang ikat jamin RM2000, tiba-tiba pihak polis datang tahan Benjy lagi sekali.

Untuk pengetahuan anda, Benjy telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamin (syabu) seberat 0.24 gram. Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. So tak ada hukuman gantung sampai mati.

Kesian kat Azean yang sempat bertanya apa reason Benjy ditahan semula tapi tak dijawap oleh pihak polis. Mungkin ada sebab rahsia kot. Sapa tau kan?


Sumber beatifulnara

Read more


Umie Aida Berhoney Moon Di Venice, Bakal Bertudung Tak Lama Lagi

honeymoon umie aida

Wah tak sangka rupa-rupanya Umie Aida dan suami selama nie tak pernah keluar berdua pergi dating sebelum kahwin. Nampaknya diorang berdua nie memang betul-betul bercinta lepas kawin. Orang tua-tua kata kalau bercinta lepas kawin lagi best. Betul ke tak, kami tak tau la plak kan.

Terbaru yang kami dengar ialah Umie Aida bakal berbulan madu di Venice. Pergh ~~~ Memang romantik tempat tue. Orang kata memang sesuai ngan jiwa-jiwa orang baru kawin. Darah tengah panas lagi la katakan. Memang satu pilihan yang tepat.

Tambah sejuk hati kami bila dengar Umie Aida sekarang sedang berusaha ke arah untuk bertudung:-

Umie tidak menolak kemungkinan akan ‘berhijrah’ ke arah itu. memang Umie ada niat untuk memakai tudung, insya Allah. Setiap orang inginkan kebaikan dan Umie pun begitu. Selepas berbincang, abang juga mengalakkan

Go for it Umie. Kami rasa anda wajar berbuat begitu lagi-lagi bila dah bergelar isteri orang nie. At least tanggungjawap tue lagi besar.

Buat Umie dan suami, selamat berbulan madu. Semoga dapat anak cepat ye ~~

Read more


Porsche Anuar Zain Bukan Tajaan


Tak tahulah Murai Batu nak cakap apa dengan tanggapan negatif segelintir pihak terhadap golongan artis. Bila mereka betul-betul mampu pakai kereta mewah dan beli rumah yang besar, ada pula yang anggap mereka tu ditaja.

Contohnya macam penyanyi Anuar Zain kita yang juga adik kandung kepada Ziana Zain. Mentang-mentanglah dia dah pakai kereta Porsche menggantikan BMW 3 Series, ada pulak yang cakap kononnya kereta tu ditaja VVIP.

Kebetulan pulak Anuar memang ada banyak peminat dari kalangan pihak korporat dan VVIP. Jadi, cepatlah orang buat tanggapan yang tidak bukan-bukan.

Tapi yang sebetulnya, Anuar beli kereta tu atas usahannya sendiri. Yelah, walaupun jarang muncul di media tapi Anuar Zain khabarnya memang cukup laku dengan show.

Bukan setakat di Malaysia saja tetapi di Brunei dan Singapura. Jadi, kalau dalam sebulan dia boleh buat lebih daripada 3 show, bayangkanlah berapa banyak pula pendapatan yang diperolehinya. Satu show yang dijayakannya pula bukannya sedikit.

Jadi, Murai Batu harap takkan ada lagi pihak yang pertikaikan tentang kereta Porsche yang dibeli Anuar hasil titik peluhnnya sendiri itu ya.


Sumber: Murai.com

Read more


Awal Ashaari Seorang Yang Jiwang , Actually Sweet!

Dah jadi lumrah gossiper untuk mem-paparazzi artis-artis Malaysia yang sentiasa bermain bersama Twitter,Facebook dan juga ketika mereka berada di rumah. Bajet je!

Sesungguhnya diri manusia,seganas mana pun. Dalam hati ada taman. Bukan Taman Negara Bako OK?

Terharu sungguh M melihat Scha bila Awal menghantar Tweet yang semanis begini kepada dirinya . Tapi kepada lelaki-lelaki yang kaki sweet ,cuba try ayat sweet-sweet camni sambil pakai beg Shoei, cermin mata Ray Ban pasar malam, naik motor EX5 dan kelihatan pelbagai aneka pelekat di helmet masing-masing ………..dekat awek yang korang baru nak kenal. Mak aih meluat dibuatnya. Haha!

Tapi M tengok Mat Motor lagi senang dapat awek comel dan “body terbaik”. Apa pandangan korang?


Sumber Ohbulan

Read more


Gambar Zaris Nellydia bersosial

Dari gaya memang tak nampak macam 16 tahun. Tapi itulah info yang diberikan oleh seorang pembaca yang menghantar gambar Zaris Nellydia nie.

Katanya si Zaris nie popular dengan lakonan dia dalam drama Spa Q. Kami secara ikhlas memang tak kenal si Zaris nie. Mungkin sebab dia nie masih baru dalam dunia lakonan.

Takper dik Zaris, harap-harap lepas nie makin popular ek. Tapi kalau boleh biarlah popular sebab bakat lakonan. Jangan popular sebab-sebab yang lain pulak. Lagipun awak tue muda lagi. Banyak lagi benda yang kena belajar ngan otai-otai dunia lakonan. Timbalah ilmu sebanyak mungkin.















credit
-beautiful nara

Read more


Isteri Eizlan Yusof makin cantik.

Vie Shantie isteri kepada pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof, yang mengandung anak ke-2 mereka beberapa bulan sungguh bahagia dan begitu teruja sekali. Tengok Blog suami isteri ini, sepertinya sudah tidak aktif lagi mengenai perkembangan dunia mereka. Mungkin terlalu sibuk kot. Apa-apa pun tahniahlah kepada pasangan ini diatas kehamilan anak ke-2 berkenaan. Selain daripada itu, selepas kelahiran anak ke-2 berkenaan, Vie juga semakin ayu dan cun, pipi makin tembam dan hidung semakin mancung.

Read more


Tom juara My Starz LG 3 kerja di kelab malam demi anak

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram (juara My Starz LG 3) juga tidak kisah jika orang bercakap mengenai kerjayanya sebelum ini iaitu sebagai penyanyi kelab malam kerana bagi Tom dia tahu niatnya itu demi mencari wang bagi membesarkan Adam. Malah, walau selepas bergelar juara dan sementara dia memperoleh wang tunai RM100,000 hasil kemenangannya itu, Tom tetap seperti dahulu, menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur supaya dapat menyediakan pakai minum buah hatinya itu.

Mungkin bagi juara rancangan realiti lain, mereka dapat bersenang-lenang sementara menunggu hadiah mereka, tapi bagi Tom, sebagai seorang ibu dia sanggup kembali ke kehidupan asalnya demi Adam. Anak lelakinya itu juga menurut Tom, senang menghidap sakit sejak lahir seperti lelah dan dia juga pernah mendapat jangkitan pada paru-paru membuatkan Tom perlu sentiasa berkerja keras demi menampung perbelanjaan perubatan anaknya. -Utusan

Read more


Persamaan Jehan dan bapanya



copy from mysgosip:
Inilah yang dikatakan bapak borek anak rintik, Jehan Miskin nampaknya mengikut jejak langkah ayahnya dalam usaha membina badan.. Memang nampak seakan-akan sama kan badan mereka berdua ni.. sama-sama mantap.. Kalau korang nak badan macam Jehan Miskin ni rajin-rajin la turun ke gym.. Menurut Jehan Miskin, gambar ayah dia tu diambil semasa ayah jehan masih bujang lagi… Sexy sangat pakcik Miskin dan Jehan ni kan… Apa-apa pun jom kita layan Gambar Jehan Miskin dan ayahnya yang muscular ni…(KREDIT:MYGOSIP.COM)

Read more


Girlfriend Haziq AF - Siti Fathiyah






Gambar ni diambil dari cari sumbangan astalavista44. Nice couple.. Diucapkan Haziq dan Siti Fathiyah selamat berbahagia... cepat2 la kawin...

Read more


"KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'

"KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'
Ulasan WAHIDUZZAMAN

Syamsul Yusof di majlis pratonton filem Evolusi KL Drift 2, baru-baru ini. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

FILEM terbaru pengarah Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) tidak segah yang diharapkan. Namun, tidaklah sampai ke tahap yang memalukan. Mungkin sekadar biasa-biasa saja.
Filem yang bertunjangkan kereta drift sebagai subjeknya ini masih tidak banyak berganjak daripada paradigma lazim Skop Production. Malah, ia boleh diibaratkan seperti deruman kereta baru yang menggunakan enjin lama.
Bukan ia tidak berkualiti, jauh sekali untuk melabelnya sebagai filem bergred rendah. Cuma pendekatan Syamsul yang masih kuat melekat dengan acuan dan konsep yang tidak banyak berbeza daripada dua filem sebelum ini menjadikan EKLD2 agak sederhana.
Jangkaan awal terhadap sekuel Evolusi KL Drift ini sememangnya besar. Apatah lagi pelbagai cerita mengenai insiden kemalangan di lokasi penggambaran dan kos pembikinan yang mendadak, sedikit sebanyak menyuntik keterujaan penonton untuk melihat sendiri kehebatan filem sekuel ini.

Namun, setelah menonton EKLD2, tidak banyak yang boleh dibanggakan dengan 'air tangan' Syamsul kali ini. Plot filem ini biasa-biasa saja. Bahkan, dialog dan lakonan adalah aspek yang paling pincang.
Skrip bersama, Syamsul dan sepupunya Rizal Ashraf tidak ubah seperti skrip-skrip filem Skop Production di era Datuk Yusof Haslam.
Selayaknya Syamsul sebagai generasi baru membawa anjakan terhadap karyanya dan bukan terlalu mengikut acuan ayahnya. Kesannya, filem aksi dengan teknik sinematografi moden yang membanggakan dalam filem ini tercemar dek dialog dan skrip ala-ala filem 90-an.
Mana tidaknya, setiap kali babak yang memaparkan Zack (lakonan Syamsul) dan rakan-rakannya berhimpun di bengkel atau di mana sahaja, pasti kita tidak dapat lari daripada lakonan dan lontaran dialog saling tidak tumpah seperti filem-filem Bayangan Maut (1990), Sembilu (1994) Maria Mariana (1996) dan segala macam judul terbitan Skop Production.
Malah, ketika diajukan pertanyaan itu kepada pengarahnya, Syamsul mengakui dia tidak dapat lari sepenuhnya daripada acuan itu. Apa pun, kata Syamsul formula itu masih dianggap relevan dan berkesan hingga ke hari ini.

Buktinya, lihat saja pelbagai judul drama bersiri mahupun filem terbitan Skop Production bermula dengan zaman Datuk Yusof sendiri dan Noor Kumalasari (Bayangan Maut), Awie dan Erra Fazira (Sembilu) hinggalah ke siri TV Si Capik, Skop masih mampu tersenyum bangga dengan sambutan penonton terhadap formula mereka.
Jadi, apa halnya pula dengan pengkritik filem sekalian untuk sibuk-sibuk mempertikaikan itu dan ini tentang karya-karya mereka. Jika penonton di luar sana terbuka dan berbesar hati untuk 'menelannya', itu membuktikan aspek lakonan dan dialog ala-ala 90-an itu masih relevan.
Menyentuh aspek lakonan, penampilan Syamsul sebagai Zack masih tidak banyak berubah. Cuma, lebih jujur dalam penghayatan wataknya berbanding lakonan cover macho dalam prekuel filem itu.
Bagaimanapun lakonan Scha Al-Yahya (Aleeya), Hetty Sarlene (Vee) dan Rizal Ashraf (Muz) kurang berkesan, sekadar menghiasi skrin.

Lebih mengecewakan, aktor berbakat seperti Farid Kamil (Sham), Aaron Aziz (Joe) dan Shaheizy Sam (Ery) juga kurang menyerlah walaupun mempunyai peran yang besar. Mungkin garapan dan lakon layar Syamsul masih lemah. Justeru, kemunculan bintang-bintang berbakat itu kurang menyengat.
Paling menjelekkan adalah lakonan Remy Ishak (Inspektor Kamal) dan Zulkifli Ariffin (Inspektor Zam). Tiap kali kedua-dua inspektor polis ini muncul, pasti imbasan drama bersiri popular Gerak Khas terpacul serta-merta dalam minda. Masing-masing serba tidak kena dan kekok dengan gaya lakonan yang tidak menjadi.
Satu lagi fakta 'perit' yang 'menyedihkan' adalah penampilan watak pak lawak dalam kalangan Zack dan kawan-kawannya. Dalam kes EKLD2, pak lawak yang menjadi taruhan untuk buat penonton gelak adalah Buzen Hashim.
Kasihan juga bila memikirkan apa perlunya watak pak lawak sebegitu diwujudkan? Apakah jenaka dan gurauan yang ditampilkan itu benar-benar mampu untuk menggeletek hati atau hanya nampak seperti lawak bodoh yang klise?

Mungkin klise adalah istilah lebih sesuai untuk menggambarkan pendekatan yang digunakan untuk ke sekian kalinya ini. Malah, lebih 'menyedihkan' virus pak lawak ini digunapakai dengan meluas dalam kebanyakan filem-filem kita.
Apa pun, aspek sinematografi yang diterajui 'orang lama' Omar Ismail layak dipuji. Beberapa babak aksi dan cemas, terutamanya babak kejar-mengejar antara kumpulan penyangak, Joe dan Zack memang berkesan.
Mungkin tidak setaraf Hollywood, namun penekanan sinematografi pada babak-babak penting itu dilihat membantu menaikkan mood ngeri, cemas dan debaran.
Jika filem ringan dan seringkas Adnan Semp-it mampu kutip jutaan ringgit, takkan penonton kita tidak teruja untuk menyaksikan filem Syamsul yang dibikin dengan lebih cermat, teliti dan penuh aksi ini.

Sumber CARI.COM

Read more


Gambar mesra Eira Syazira, Azad Jazmin

Jika gosip sebelum ini tertumpu hanya kepada pelakon lincah, Eira Syazira selalu keluar dengan seseorang, kini sudah terbukti yang Eira keluar dengan juga seorang pelakon, iaitu Azad Jazmin, yang popular dalam filem Anak Mami The Movie (2002). Keluar bersama pada mulanya dengan adik-beradik Eira, tapi last-last 'episod' membawa seorang 'bayi', sepertinya macam suami isteri sahaja kemesraan yang mereka berdua lakukan. Ntah lah kalau itu salah satu babak dalam sebuah filem/drama.


*** Credit to Izyan.com

Read more


Benarkah FARINA AF8 tipu pekerjaan lak plus tersebar gambar panas?...


NAMA: Zafarina Jamhari
NAMA PANGGILAN: Farina
TARIKH LAHIR: 7 Oktober 1982
TEMPAT LAHIR: Bintulu, Sarawak
UMUR: 28 tahun
BANGSA: Melanau
STATUS: Ibu tunggal (anak 1)
FESYEN KEGEMARAN: Urban
WARNA: Hitam
PEKERJAAN: Pengurusan (Shell MDS Sdn. Bhd)

Kawan MM memang cukup admirer dengan Farina. Katanya ‘N’ / re-ann(nama panggilan Farina dikalangan kawan-kawan), memang mempunyai suara yang cukup merdu dan energi yang tinggi ketika menyanyi diatas pentas. Ala-ala Diva negara Anita Sarawak gitu~. MM garu kepala, hai sejak bila agaknya Farina pandai menyanyi nie wei, kan dulu dia kerja kat ShellMDS Sdn. Bhd.

Hampeh! Menurut empunya cerita, Farina bukannya bekerja kat Shells seperti yang diclaimnya sebelum ini, tapi merupakan top singer kat salah sebuah pub terkemuka di negeri kelahirannya. Kalau tak silap MM “Wave Everly” Pub. Betul tak betul MM tak tahu, tapi setahu MM she already buat pengakuan yang bidang seni merupakan sebahagian daripada dirinya kat blog Murai.com.my sebelum ini. Padanlah dengan cerita member MM tue kan.. But yang MM rasa pelik kenapa perlu malu dan merahsiakannya daripada pengetahuan peminat?? Takut peminat tahu belang sebenar you ke??. Seingat MM ada jugak bekas pelajar senior yang tanpa segan silu mengaku pernah menyanyi dikelab malam sebelum nie tapi still maintain tip-top. Tak payah risaulahkawan, peminat sekarang dah cukup matang untuk menerima artis. Yangpenting you jujur dengan peminat dan diri sendiri.. Hai kalau dah keluar cerita macam nie, cuba tanya diri sendiri layakkah you pegangtitle Juara AF??.

MM: Kalau you nak tahu benda-benda hipokrit macam nie lah yang sebenarnya peminat meluat nak dengar. And jangan salahkan peminat sekiranya you tersingkir pada minggu hadapan. Ada MM kisah??.


kutip dari post farakim88 kat topik AF8...dah tenggelam belakang dah...
benarkah gamba peserta AF yang ibu tunggal neh? @ superimposed?

kredit to farakim88



gossip panas farina af8


Terkejut dan terkesima kami melihat kiriman gambar-gambar Farina, salah seorang pelajar dari Akademi Fantasia 8. Untuk anda yang tak tahu, Farina adalah pelajar dari Sarawak dan merupakan seorang ibu tunggal.
Mungkin Farinaberposing dengan cara sebegini sebab nak cuba memikat hati lelaki diluar sana untuk mengisi kekosongan hati. Sapa tau kan? Lagi gambar Farina, pelajar Akademi Fantasia 8 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.








credit 2 beautiul nara

Read more


Lagu Tugasan Konsert Kedua AF8


FARINA– Ketentuan (Ramlah Ram)
NAD – Aku Wanita Biasa (Krisdayanti)
DAUS – Menatap Matamu (Aril)
SHAHIR - Jangan Nakal (Alif Satar)
ADIRA - Ku Percaya Ada Cinta (Siti Nurhaliza)
ANUM – Sekadar Di Pinggiran (Franscisca Peter)
IWAN - Mencari Konklusi (Hujan)
MAULANA – Hasrat Hati (S.Mariam)
AIN – Lagu Happy (Amy Mastura)
ALIF - Dance With My Father (Luther Vandross)
EMA - PAKAI BUANG (Stacy)

Read more


Siapakah aktor yg suka ajak perempuan tidur

NI satu lagi kisah yang layak dikategorikan sebagai sangat melampau. Ia mengenai perlakuan seorang pelakon yang gemar mengirim SMS berbaur lucah kepada pelakon baru. Meskipun wajah tidak sekacak mana, pelakon ini bijak menggunakan penampilannya yang macho sebagai daya penarik menawan wanita.

Apatah lagi segala aksi lagak ngeri mampu dilakukan dengan mudah, jadi pasti itu menjadi modalnya menarik perhatian wanita supaya tunduk dengan kemahuannya.

CAK difahamkan, dia berkali-kali memujuk seorang pendatang baru yang cantik supaya menemaninya di tempat tidur. Tidak cukup dengan kiriman SMS, dia berani menyatakan hasrat itu secara terang-terangan dalam perbualan telefon.

Pujuk rayunya buat pelakon baru itu rimas sehingga mengambil keputusan tidak mahu lagi bertemu pelakon berkenaan.
Kasihan dengan isterinya yang jelita di rumah. Selama ini dia bermati-matian menegaskan pelakon ini suami yang bertanggungjawab dan bapa penyayang. Malah dia menjelaskan rumah tangga mereka sangat bahagia.

Nampak sangat pelakon ini pandai berlakon baik depan isterinya. ‘Propa’ memanjang walaupun suka melampiaskan nafsu di sana-sini.

Hati kecil CAK merasakan si isteri tahu perangai buas suaminya tetapi apa boleh buat, dia tidak berdaya demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Apatah lagi anak kian membesar, tidak manis jika perkara ini dipanjang-panjangkan. Nak tak nak, terpaksa telan dan makan hati berulam jantung seorang diri.

credit, hmetro

Read more


Gambar Pertunangan Jimmy Shanley

Sumber dari Cari.com. Tahniah buat Jimmy dan pasangannya...



Read more


Scha Pakai Gaun Pengantin

Usia dan semakin meningkat. Scha juga semakin lama semakin matang dalam mencari cinta. Jadi tidak payah tunggu lama-lama lagi, nanti melepas. Itu lah harapan setiap mereka yang bergelar bujang. Scha nie sekarang popular untuk menjadi cover mana-mana majalah tempatan, mungkin pakej yang dimilikinya mampu menarik para pembeli untuk beli majalah berkenaan. Terbaru untuk majalah NONA edisi April 2010, Scha mengayakan gaun pengantin yang sungguh cun sungguh, namun macam tidak lengkap, kerna tidak ada pengantin lelakinya. Seperti Scha kahwin dengan bayang-bayang.. hehe..

Read more


Betty Benafe dan Nash Di Majlis Perkahwinan

Hubungan kasih antara aktres jelita Betty Banafe dan penyanyi rock Nash Lefthanded bukan satu rahsia. Malah ramai yang meneka dalam kesamaran bagaimana agaknya kesudahan cinta mereka. Nash juga sentiasa memberi dia dorongan untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya. Ditanya samada hubungan mereka sudah sampai ke peringkat yang lebih serius, Betty hanya tersenyum dan tidak berani membuat sebarang spekulasi. Betty juga enggan meletakkan harapan yang tinggi pada hubungannya dengan Nash.

Read more


Shah Peserta Pertama Terkeluar Akademi Fantasia 8


Agak terkejut jugak bila dalam konsert minggu pertama Akademi Fantasia 8 dah ada penyingkiran. Selalunya diorang akan bagi change untuk stay seminggu lagi. Sayangnya kali nie tak ada nak bagi muka dah. Akibatnya, Shah menjadi mangsa pertama dalam AF8 kali ini.

Terasa lain macam jugak AF kali nie sebab penyingkiran dibuat sehari lepas konsert. Diberi nama Debaran Akademi Fantasia, proses penyingkiran kali ini nampak kurang sengatnya sebab bagi kami peserta-peserta terlalu poyo.

Baru seminggu dan baru penyingkiran pertama dah nangis sampai keluar hingus. Nampak sangat berlakon tak hengat. Nasihat kami, rileks ajer lah. Tak perlu murah sangat air mata tue. Bukannya hidup korang dah berakhir pun kalau terkeluar dari AF. Tak gitu? Buat kami drama cam ni memang dah lali dah dan agak kurang berkesan kot. Maklumlah dah 7 tahun sebelum nie dah mengadap menda2 cam nie.. Tapi bagi kami yg sepatutnya keluar adalah mamat yg nyanyi lagu Wali Band - Cari Jodoh tu.. Dah nasib kau la Shah...

Read more


Perubahan Wajah KD

Korang pasan tak muka KD sejak akhir2 ni lain sgt...teknik solekan dia dah ubah ke...atau inject botox dah tak serasi lagi. Dulu dia mmg penah buat operation nak cantikkan muka kan (pengakuan dia dlm buku biografinya dulu)...agaknya lepas kena cerai kot muka dia makin nampak tua...

Muka sebelum operate...(nampak real...suci murni gitu)


Muka selepas (nampak cantik...mungkin teknik solekan)


Saat2 Bahagia Dulu...


Muka Sekarang (Nampak tua - hakikatnya)


mungkin gak sebab kes ni yg buat KD sedih! (aku agak aje)

Isteri Kekasih KD Enggan Mohon Cerai

SILVALAY Noor Athalia sudah mengetahui hubungan intim suaminya, Raul Lemos dengan penyanyi Krisdayanti. Yang paling menonjol apabila penyebaran gambar Raul sedang berpelukan mesra dengan KD. Walaupun beberapa kali merasa disakiti, Atha tidak akan membuat keputusan untuk bercerai dengan Raul.

“Saya tidak akan melakukan apa-apa, biar Raul yang meminta cerai, bukannya saya,” tulis Atha dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada detikhot baru-baru ini.

Atha bukannya bimbang jika tidak mengambil tindakan terhadap perbuatan suaminya. Dia merasa apa yang dilakukan oleh Raul dan KD selama ini sudah diketahui oleh ramai orang. Biarlah masyarakat yang menilai Raul dan KD.

Atha juga tidak lagi bertanya kepada suaminya tentang kebenaran cerita kecurangannya dengan KD.

“Biar dia yang memberikan penjelasan itu nanti,” tambahnya.

Wanita berusia 40-an itu hanya meminta KD dan Raul tahu soal status diri mereka.


****Sumber zamirra cari.com

Read more


Yanie Mentor Meninggal Dunia

Semalam dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita pemergian Yanie Mentor ke rahmatullah setelah 4 bulan menderita akibat ketumbuhan di paru-paru. Yanie meninggal dunia di Hospital Keningan Sabah petang semalam (21 Mac 2010) pada usia 25 tahun. Saya pasti pemergian Yanie ini turut dirasai oleh peminat-peminat beliau. Ajal maut adalah di tangan Tuhan dan setiap yang hidup pasti akan mati. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Yanie.

Yanie yang dilahirkan melalui program realiti TV, Mentor musim pertama ini telah berkahwin dengan Irfin Abdul Manan pada November 2007 dan meninggalkan seorang anak. Yanie pernah bergandingan dengan Ning Baizura dan Nikky untuk lagu Drama selain berduet dengan Diddy untuk lagu Saling Terpesona. Arwah juga pernah berlakon bersama Fara Fauzara dalam drama Fara di TV3. Kami mengucapkan salam takziah buat keluarga Allayarhamah. Al- Fatihah..

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters