Fasha Sandha sambut b'day ngn kawan2 termasuk jejai


Wah ~~ Heppi sungguh riak wajah Fasha Sandha menyambut hari jadinya. Mungkinkah kerana kehadiran lelaki berbaju putih tue? Siapakah lelaki berbaju putih itu? Nampak seperti pernah ku lihat wajahnya tapi di mana ya?








marsha pon ada...bukan jejai pena d gosip ngn marsha ker





p/s=habby bday 2 pasha yg ke 26

kredit 2 beautiful nara & farakim 88 cari

Read more


Din Beramboi dikebumikan sebelum solat Jumaat

Din Beramboi dikebumikan sebelum solat Jumaat


2010/04/02
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"
Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

"Beliau adalah insan pertama yang ''pergi'' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

"Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana. - Bernama

Read more


Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah - Takziah buat Keluarga Allahyarham

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Sumber Bharian

Read more


Terjah dah kena ban


Mengikut sumber dalaman, program Terjah dah kena ban dgn MCMC...terlalu byk complain psl show ni...so show hari isnin baru lepas ni was the last show...kat twitter tv3 pun ada mention yg isnin was last episode...so artis2 skrg dah boleh bernafas lega lah lepas ni, takde org nak terjah dah.

Sumber orochimaru3 cari.com

Read more


Aksi Panas Bekas DJ Fiq

KREDIT: WWW.MEDIAMALAYA.COM



PIX DULU2







kata mediamalaya, pixs diambil utk sebuah majalah....
gilerr......

Read more


Ainul Aishah Mohon Maaf (tak pakai bra???)




“Gila tak pakai ‘bra’ masa keluar.” Itulah reaksi Ainul Aishah ketika diminta penjelasan berkenaan baju yang dipakainya pada Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina Isnin lalu.

Baju paras lutut jenis satin berwarna merah jambu yang dipakai Ainul telah mencetuskan kontroversi apabila menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali ‘bra’. Disebabkan itulah ‘bra’ tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik ‘bra’ saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, ‘I don’t have boops!’”

Ainul yang pernah membintangi filem 'Histeria' memberitahu dia telah melihat gambar yang dimaksudkan itu.

“Dalam gambar mungkin nampak macam tak pakai. Baju tu longgar. Tak sangka akan nampak macam tu pula,” ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama ‘Bola Cinta’.

“Selepas ini saya kena pastikan agar lebih berhati-hati dengan cara pemakaian saya. Di sini saya ingin tekankan, saya bukan jenis orang yang macam tu (tak pakai ‘bra’).”

Ainul turut mengakui ini bukan kali pertama orang mempertikaikan tentang fesyennya.

“Pernah orang bercakap. Tapi saya ambil ia dari sudut positif. Kalau nak fikir, buang masa. Apa-apapun saya belajar dari kesilapan. Orang boleh cakap macam-macam. Memang dah lumrah begitu. Saya ambil kritikan itu dengan cara yang baik.

“Saya minta maaf. Saya tak tahu akan jadi macam ini. Saya memang memakai ‘bra’ ketika itu. Ini semua salah faham. Saya berjanji saya tak akan buat begitu lagi,” janji Ainul yang kini tampil dengan imej rambut pendek.

Bakal keluarkan dua single
Sudah banyak drama dan filem yang dibintangi oleh pemilik nama penuh Ainul Aishah Azizun ini. Antaranya, 'Nana Tanjung', 'Nana Tanjung 2', 'Otai', 'Skrip 7707', 'Mama Rock', 'Cinta Balqis' dan 'Bong'.

Namun tidak tahu di mana silapnya, tidak banyak publisiti yang diberikan kepada pelakon ini. Mungkin ramai juga tidak tahu, gadis berusia 25 tahun ini sebenarnya turut memiliki bakat dalam nyanyian.

“Dah lama dah cuma saya tak cakap dengan orang. Sejak tahun 2008 saya mula mencipta lagu. Saya tak nak kecoh-kecoh. Saya minta beberapa orang wartawan dengar lagu saya. Akhirnya pada bulan Ramadhan lepas, mereka minta saya menyanyi di satu majlis berbuka puasa.”

Menurut Ainul, disitulah bermulanya penglibatannya dalam bidang nyanyian. Dan terbaru, dia diberi peluang untuk membuat persembahan medley pada Malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009, 4 April ini. Ainul akan menyanyikan lagu "Untukmu" oleh Feminin bersama Diana Danielle, Faralyana dan Marsha.

“Ini satu 'platform' yang baik untuk saya memperkembangkan bakat saya dalam bidang nyanyian,” ujarnya yang bakal mengeluarkan dua 'single' dalam masa terdekat ini.

“Saya akan mengeluarkan dua single dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Single saya berjudul "Jangan Bimbang Sayang" dan "The Old Him". Lagu "The Old Him" saya cipta sendiri.”

Read more


Seksinya Sheera Iskandar

Ditulis oleh Rosli Manah Rabu, 31 Mac 2010 17:41



Makin berani nampaknya pelakon Sheera Iskandar sekarang. Yalah sudah semakin matang dah sekarang pastilah mahu buang imej anak manja.(kredit mangga online)

Read more


AF8 - Lagu Tugasan Minggu Ke-03


Bulan Cinta (Amelina) - Shahir
Kini (Feminin) - Daus
Cantik (Nikki) - Iwan
Kau Dan Aku (Elyana) - Alif
Cinta Antara Benua (Arni Nazira) - Maulana

Permaisuri (Jay Jay) - Ain
So Sick (Ne-Yo) - Farina
Separuh Jiwaku Pergi (Anang) - Adira
Derita Cinta (Jamal Abdillah) - Nadia
Sesuatu Janji (Taufik Batisah) - Anum


Kekdahnya konsep minggu ni ialah transgender

Read more


Gambar Majlis Resepsi Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairudin

Pic Majlis Resepsi Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairudin



















credit to afdlin FB, -s-o-f-t-i-e ~eross~ blog & Azwan Ali blog.

Read more


Din Beramboi Kritikal di Hospital

Ini aku amek dari facebook murai, leh tanya sape yang tahu dia sakit aper?Pelawak & penyampai radio ERA, Din Beramboi kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat rawatan di hospital.

Update dari FB Aznil&Din Beramboi-Din Beramboi sakit buah pinggang ngan hati, sekarang dengar cerita dia koma. Semoga abang Din cepat sembuh. Amin.
KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.

Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal.

"Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor.

"Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan update keadaan Din beramboi dari masa ke masa," ujar Nazri.

Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit.

"Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010), Din ada mengadu kepada saya bahawa badannya terasa sakit. Kemudian, keesokannya harinya (Khamis), Din memberitahu saya dengan menghantar SMS mengatakan dia tidak boleh tidur dan demam.

"Din turut mengadu badannya tidak larat memandangkan isterinya juga demam. Akibat keadaannya yang makin serius, pagi semalam (31 Mac 2010) Din terus pergi ke hospital dan terus ditahan dalam wad.

"Sekarang, kami cuma berharap dan doakan agar Din cepat sembuh. Insya-Allah, kami akan cuba membantu keluarganya setakat yang kami mampu. Diharap semua peminat Din turut sama mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelasnya.

Sementara itu, murai.com.my difahamkan doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.

Sumber Cari

Read more


(Panas) Miya Zainal pengacara Portal Gua TV3 bersosial

Kami baru terima gambar ni tapi we all tak kenal pun siapa dia ni. Artis ke? Selepas sedikit research di buat team Oh! Artis,barulah kami tahu yang Miya Zainal ni rupa-rupanya pengacara untukPortal Gua milik TV3. Pengacara Portal Gua ni setahu kami bukanlah diani sorang tapi Sari Yanti dan beberapa yang lain (tak tahu nama) punturut bersama menjayakan sebarang promosi portal tersebut. Kalau Astroberbangga dengan Murai’nya, Media Prima juga boleh berbangga denganGua. Mana satu yang lebih bagus, Oh! Artis lagi bagus. Haha!












Kepada mereka yang berkecimpung dalam dunia hiburan, kalau anda takterlibat dengan bidang hiburan Malaysia yang ciput ni, tentu anda takkeluar Oh! Artis. Kasihan anda tapi bukan kerana gambar anda keluar,tapi kasihan melihat cara hidup anda.
OHARTIS: I SAMBUT BIRTHDAY DENGAN AIR SIRAP JE. YE LA I NI ORANG KAMPUNG JE.. TAK BANDAR LA TAK MINUM ARAK KAN KONONNYA?

P/S: takde gossip. just nak share. by the way, for your info, air dalam jug tuh bukan arak. nampak macam air teh O khennn ..

Read more


Giliran Ema Keluar AF8 Meninggalkan Adiknya Adira


Semalam tibalah giliran Ema meninggalkan Akademi Fantasia 8 setelah gagal meraih undi pada konsert kedua akademi fantasia kelmarin. Ema yang menyanyikan lagu Pakai Buang dari Stacy mendapat kritikan yang biasa2 sahaja dari pihak pengkritik melalui persembahan tersebut. Jadi Ema terpaksa meninggalkan adiknya Adira yang kelihatan lebih menyerlah buat masa ini. Pada pendapat kami Daus merupakan pelajar yang paling kurang menyerlah tetapi undi tetap membantu Daus untuk terus berada didalam Akademi Fatasia. Kepada Ema jgn berputus asa. Teruskan perjuangan anda diluar sana.

Read more


Polis buru pelakon pukul isteri

Polis buru pelakon pukul isteri

28/03/2010 1:54pm

KUALA LUMPUR 28 Mac – Polis kini sedang memburu seorang pelakon, Badrul Muhayat Ahmad Jailani yang dipercayai memukul isterinya. - Utusan


La tak abis2 lagi ke mamat nie.. dulu kes ngandungkan pompuan luar nikah. Ni kes pukul bini pulak.. apa la nak jadi...

Read more


Amber Chia Berkahwin Secara Rahsia

SUPERMODEL Amber Chia telah melangsungkan perkahwinan di sebuah kawasan peranginan eksotik di Bali minggu lalu.

The Daily Chilli yang mengetahui berita itu daripada kenalan rapatnya bahawa gadis terkenal berusia 28 tahun itu melafazkan “saya rela” kepada kawan lama yang juga teman lelakinya.

Benar, jejaka bertuah itu bukanlah ahli perniagaan yang digembar-gemburkan mendampingi Amber. Ataupun pemilik bank bergelar Tan Sri yang dikhabarkan sebelum ini.

“Amber percaya kepada cinta sejati.

“Dia tidak percaya wang ringgit dapat membeli perasaan cintanya. Lelaki ini, seorang ahli perniagaan biasa sangat baik dan sangat menyintai Amber.

“Mereka telah saling mengenali untuk suatu tempoh masa yang lama. Dia sangat pemalu.”

“Ia adalah perkahwinan di tepi pantai yang sangat romantik,” kata sumber tersebut yang enggan dikenali.

Antara rakan selebriti paling dipercayai Amber yang diterbangkan ke Bali untuk menyaksikan perkahwinan persendirian termasuk personaliti televisyen, Daphne Iking; pemain violin, Dennis Lau dan guru pentas peragaan, Benjamin Toong.

Upacara Timur bertemu Barat itu disaksikan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak. Mereka diterbangkan ke pulau penuh mistik itu dengan semua perbelanjaan ditanggung pasangan berkenaan.

Difahamkan rakan Amber yang juga pereka fesyen terkemuka, Alvin Taya dan Keith Kee telah mereka bentuk gaun perkahwinannya yang berwarna putih serta merah jambu.

Ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Amber yang akan pulang ke Malaysia sebelum berlepas ke luar negara untuk berbulan madu di satu lokasi yang dirahsiakan hanya berkata: “Minta maaf sayang… Jangan bimbang… kita akan berbual apabila saya balik daripada berbulan madu.”

Pasukan pegawai seranta Amber dari Orchan Consulting Asia yang enggan memberikan komen, dijangka mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.

Sementara itu, StarMetro cuba mendapatkan komen Amber ketika pelancaran Bread Basket di The Sphere di Bangsar South petang ini tetapi tidak berjaya kerana dia dikawal ketat oleh pengawal peribadi.

Anda mungkin ju

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters