Afdlin Shauki terima kehadiran cahaya mata (with gambar baby)



Tahniah yang tak terhingga Zon Artis ucapkan kepada pengarah terkenal Malaysia, Afdlin Shauki kerana telah selamat menerima kehadiran cahaya mata perempuan pada pukul 3 pagi tadi. Seperti yang tertera kat twitter Afdlin atas tu, Ileana Matin Shauki nama diberi. Unik!

Kami percaya, dengan kehadiran Ileana Matin Shauki ini pastinya akan mengubati sedikit kesedihan Afdlin dek pemergian sahabatnya, Arwah Din Beramboi. Apa-apa pun, kat bawah ni gambar Ileana Matin Shauki yang dikongsikan oleh Afdlin buat tatapan kita semua. Layan.




Tahniah yer Afdlin..

Read more


Dira, Ash sudah berpisah


Dira, Ash sudah berpisah

Sedang tunggu keputusan Mahkamah Syariah sahkan perceraian

TIADA apa lagi yang disembunyikan apabila Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau Ash, 27 mengesahkan rumah tangganya bersama finalis bagi kategori Artis Baru Wanita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2009), Dira Abu Zahar, 26, memang tidak dapat diselamatkan.

Bahkan Ash sendiri mengaku sudah mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah.

“Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

“Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya,” demikian kata Ash.

Pengakuan Ash itu sekali gus menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan Dira. Kelmarin ketika ditemubual dalam ruangan Jawablah, Dira menafikan rumah tangganya bergolak. Dira menegaskan kehidupannya bersama Ash bahagia walaupun mereka sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Dira dan Ash mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahu lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra.
Begitu pun, desas desus mengatakan rumah tangga mereka sebenarnya agak goncang dan kedua-duanya pernah dikatakan tidak tinggal sebumbung. Penyertaan Ash dan Dira dalam program Sehati Berdansa musim keempat yang lalu dikatakan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Namun, niat suci itu tidak kesampaian. Pertemuan Hip dengan Ash Sabtu lalu ketika dia terbabit dengan sesi raptai penuh ABPBH2009 persembahan bersama Azlan & The Typewriter merungkai sedikit gejolak perasaannya.

enurut Ash, jika ABPBH 2007 mereka pernah hadir sebagai pasangan suami isteri kerana nama Dira masih belum dikenali tetapi untuk ABPBH 2009 baru-baru ini, mereka hadir secara berasingan. Ash terbabit dengan persembahan, manakala Dira hadir sebagai calon Top 5 dan ditemani Zahiril Adzim.

“Apa yang boleh katakan saya mahu menjernihkan kembali hubungan kami. Ia tiada kena mengena dengan status dirinya yang datang dari keluarga berada. Tapi ia demi masa depan anak kami. Tapi kalau soal hati sudah berkata tidak mahu, mungkin saya sudah gagal bertindak sebagai ketua keluarga.

“Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah. Yang saya tahu, dia memang sangat kuat bekerja. Pergaulannya mungkin membuatkan dia berubah tanpa disedari,” kata pemain keyboard kumpulan Bau itu.

Sementara itu Dira yang dihubungi Hip memberitahu bukan niat dirinya berselindung dengan tidak menjelaskan perkara sebenar. Akuinya, dia cuma enggan mengeruhkan keadaan yang sudah tidak menentu. Kenyataannya dalam ruangan Jawablah semalam dilihat sebagai ‘kenyataan selamat’.

“Saya kecewa dengan perkahwinan ini. Ia tak jadi seperti yang saya impikan. Saya melalui keadaan begini mungkin kerana terlalu berharap. Jadi saya putuskan untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Saya hanya mampu melakukan yang terbaik. Jika saya tidak dapat mempertahankan rumah tangga ini saya reda. Sebab saya tak nak kecewa sepanjang masa. Apa yang lebih penting ialah masa depan anak kami. Soal kebajikan anak, saya tidak ada masalah untuk berkongsi dengan bekas suami” katanya yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama Arjuna untuk TV3.

Dalam pada itu, Dira juga tidak dapat menidakkan reaksi pihak tertentu yang melihat perceraian mereka disebabkan dirinya yang dikatakan berlaku curang dan sudah lupa diri selepas mencipta populariti. Sedangkan, hanya empunya diri yang tahu kenyataan sebenar.

“Kalau saya sudah lama nak jadi pelakon, hakikatnya saya tak akan kahwin awal. Saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan termasuk membabitkan diri dalam dunia seni. Saya juga mahu menjadi ibu yang baik kepada anak saya.

“Saya juga berharap pasangan saya akan melalui susah senang bersama tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Mungkin juga faktor usia kami terlalu muda membuatkan kami berfikiran seperti kebudak-budakan,” katanya.

Sumber Bharian

Read more


Wajarkah Mawi, Fasha Sandha kena 'Boo'?

Selain kisah kemenangan para artis termasuk kepulangan Dato' Siti Nurhaliza ke takhta Bintang Paling Popular selepas empat tahun lamanya di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, yang menjadi perbualan hangat semestinya insiden 'boo' penonton ketika nama Fasha Sandha dan Mawi diumumkan sebagai finalis di dalam kategori masing-masing.

Bukannya segelintir tetapi majoriti penonton yang membanjiri Arena of Stars malam Ahad lalu telah melaungkan ketidakpuasan mereka terhadap dua artis kontroversi ini. Insiden 'boo' malam tadi bukan yang pertama dilalui Fasha. Ada lagi ketika Anugerah Skrin 2009, perkara yang sama berlaku, walaupun tidak sekuat yang kedengaran malam tadi. Ada baiknya Fasha dan Mawi tidak menghadiri acara malam itu. -Gua

Kisah kontroversi lalu Fasha:
- sikap biadap dengan para wartawan,
- keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli
- punca pergolakan rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Kisah kontroversi lalu Mawi:
- memutuskan pertunangan dengan Ina Naim.
- dikatakan besar kepala dan lupa diri.

Read more


Gambar Majlis Perkahwinan Hunny Madu

Tahniahlah kepada deejay radio Fly FM, Hunny Madu kerana selamat dinikahkan (tidak pasti bila pla) dengan tunangnya, Azhar Abdul Wahid, 34. Dengan perbezaan usia 9 tahun, tidak menghalang mereka menjadi pasangan suami isteri, jika itu yang dinamakan jodoh. Namun kisah pernikahan mereka yang mungkin dibuat hanya untuk keluarga terdekat sahaja tidak lah menjadi kedukaan peminat Hunny, Hunny juga telah membuat majlis resepsi yang penuh berwarna warni dengan pelamin ala awan dan juga pakaian 'simple' kedua-dua mempelai.

Read more


SITI NURHALIZA BINTANG PALING POPULAR!!!



pengacara TV lelaki popular - Aznil Hj. Nawawi

pengacara TV wanita polular - Fara Fauzana

penyampai radio lelaki polular - Faizal Ismail

penyampai radio wanita popular - Fara Fauzana

berkumpulan/duo popular - Bunkface

artis komedi lelaki popular - Nabil

artis komedi wanita popular - Noorkhiriah

artis baru lelaki popular - Black

artis baru wanita popular - Yuna

pelakon TV lelaki popular - Remy Ishak

pelakon TV wanita popular - Tiz Zaqyah

penyanyi nasyid popular - Rabbani

penyanyi lelaki popular - Aizat

penyanyi wanita popular - Dato Siti Nurhaliza

pelakon filem lelaki popular - Que Haidar

pelakon filem wanita popular - Liyana Jasmay

BINTANG PALING POPULAR - SITI NURHALIZA

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters