Al-Fatihah: Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri


Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam ini.

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu

Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini. Al -Fatihah

Read more


KD Menyesal Kerana Percayakan Raul!

Sumber Kapanlagi.com


JAKARTA, 12 APRIL 2010: Setelah sekian lama menghindari pihak mediaberikutan isu hubungan cintanya dengan seorang pengusaha asal Timor Lestebernama Raul Lemos, akhirnya Kris Dayanti atau KD bersedia untuk bersuara.

Sambil ditemani peguamnya, Elsie Lontoh, kakak, Yuni Shara dan ibundanya, KDterus membacakan dua halaman pengakuannya mengenai hubungannya dengan Raul.

"Hari ini saya akan menjelaskan tentang hubungan sebenar saya dengan Raulsehingga mengakibatkan ganguan emosi oterhadap isteri Raul," katanyasewaktu ditemui di kediamannya di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, malamtadi.

Menurut KD, hubungannya dengan Raul memang istimewa. Tapi semua itu tidak adakena-mengena dengan perceraiannya bersama bekas suaminya, Anang Hermansyah,beberapa waktu lalu.

"Setelah perceraian saya dengan Anang, saya memang saya telah menjalinkanhubungan dengan Raul dan dia sendiri mengakui dia adalah seorang duda.

"Memandangkan status saya sebagai janda dan dia pula sebagai duda, makasaya fikir tentulah ia bukan satu hubungan yang terlarang dan tidak menyakitihati siapapun.

"Sehinggalah, isteri Raul kemudian mengemukakan bukti-bukti yang otentiktentang pernikahan mereka dan saat itu barulah saya sedar bahawa saya telahmelakukan kesilapan dengan mempercayai Raul," kata ibu kepada 2 anak ini.

Sambil mengelap air matanya dengan tisu, KD mengakui dia tidak sepatutnyapercaya bulat-bulat dengan pernyataan Raul tentang dia seorang duda denganbegitu saja.

"Saya sangat terpukul dan terus diingatkan oleh Yuni bahwa saya tidaksepatutnya menjalinkan hubungan dengan suami orang. Saya memang tidak patutberhubungan dengan suami orang," jelasnya sambil menangis.

Dengan bersikap tegar, KD menuturkan permintaan maafnya. "Saya inginmeminta maaf kepada seluruh keluarga saya terutama kakak saya, Yuni yang selalumembela diri saya setiap kali saya melakukan kesilapan. Tapi, saya tidak punyakekuatan sebelum ini melainkan dengan hanya berdiam diri. Juga kepada isteriRaul dan anaknya, saya meminta maaf atas kekhilafan saya," tutur KD.

Read more


Iqram Dinzly melamar Fouziah Gouse melalui twitter?

Sumber Dari OKbeb.com

Read more


Zarina nak dedah pelakon lelaki ajak ke ranjang





Minggu lepas pelakon Zarina An Julie dalam Pancaindera membuat pendedahan ada seorang pelakon lelaki yang juga suami kepada artis wanita popular cuba nak menggatal dengannya.

Niezam ingat Zarina sengaja buat cerita sebab nak cari publisiti murah tetapi sebenarnya tidak.

Mengikut cerita wartawan macho macam hero filem Hindustan, Syed Mussaddad, Zarina ada menunjukkan kepadanya beberapa SMS yang dikirimkan pelakon lelaki tersebut.

Yalah... sebagai wartawan kalau tak ada bukti mana boleh buat cerita. Kenalah tengok bukti dulu. Tapi ada juga artis jenis lepas cakap, tapi kemudian bila kita sudah keluarkan kenyataan dia, mula nak menafikan balik. Akhirnya, balik-balik salahkan wartawan juga. Pirah!

Berbalik kepada Zarina, bukan apa, selama ini pelakon lelaki yang dimaksudkan itu selalu mendakwa dia bukan kaki perempuan. Sebaliknya setia kepada isteri yang satu dan cun melecun itu.Tapi sayangnya isteri pelakon itu kena tipu hidup-hidup. Suaminya memang hidung belang.

Kata Syed, dia membaca sendiri beberapa mesej melalui SMS yang ditunjukkan Zarina kepadanya.

Antara mesej daripada artis tersebut ialah dia nak ajak Zarina "ehem ehem". Faham-faham sajalahkan.

Pada mulanya Zarina ada balas juga SMS. Dia cakap dekat pelakon lelaki tu dia tak ingin nak 'ehem-ehem' dengannya. Tapi si pelakon lelaki tetap membalas SMS dan sanggup tunggu sehingga Zarina ingin.

Niezam dengar cerita, kalau pelakon tersebut masih mengganggu Zarina dengan SMS berbau lucah dan bukan-bukan termasuklah ajak ke ranjang, dia tidak ada halangan untuk mendedahkan siapakah lelaki tersebut.

Sekarang Zarina khabarnya tak sampai hati nak dedahkan hal berkenaan mengenangkan isteri pelakon itu seorang yang baik. Lagipun kedua-dua mereka artis. Nanti kalau kecoh lagi teruk.

Agaknya kenapa pelakon lelaki itu tergila-gila sangat dekat Zarina ya? Mungkin tak tahan tengok mulut Zarina yang seksi macam jambu air tu kut.

NIEZAM: Suka jambu batu.

Read more


Lagenda Budak Setan The Movie 2010


Filem yang diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah akan datang ke pawagam tidak lama lagi. pasti ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran filem ini setelah novel yang terlaris di Malaysia suku dekad lepas ini difilemkan. Para pelakon yang membintangi filem ini adalah Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura dan Raja Farah.

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters