Drama sebabak Que, Linda

2010/04/20
MINGGU lalu, pejabat Cik Normah dihubungi pembaca Berita Harianmengenai ‘sedutan’ pergaduhan membabitkan pasangan suami isteri yangkini bergelar tenaga pengajar di Akademi Fantasia musim kelapan. Mestiada yang sudah dapat mengagak. Mereka yang dimaksudkan ialah Que Haidardan Linda Jasmine.

Menurut pembaca itu, katanya pertengkaran itu berlarutan dari dalamhingga ke luar kereta. Katanya, sampai ada babak tarik baju lagi.Mulanya pembaca itu ingatkan apa yang dilihatnya itu sebuahpenggambaran drama. Tapi pelik juga dilihat sekeliling, tiada pulakamera atau kelibat kru produksi.

Kalau ada adegan berlakon, sejak bila pula cikgu tarian itu menjadipelakon. Lainlah Que yang baru saja memenangi kategori Pelakon FilemLelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2009, 4 April lalu.

Beritahu pembaca itu lagi, selain melihat adegan pergaduhan itu, yangturut kedengaran ialah Que meminta isterinya itu supaya janganmengganggu dirinya dan diikuti dengan tangisan teresak-esak Linda.Secara jujur, pembaca itu tidak tahu butir pertengkaran sebenar yangterjadi.

Cik Normah tidak salahkan Linda dan Que kalau beremosi. Adat dalamberumah tangga, biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulakita manusia biasa. Tapi yang harus diingat di sini, Que dan Linda ituselebriti. Lainlah, kalau orang biasa, mungkin orang akan buat tak tahukalau berdrama di tempat awam.

Patut pun, Cik Normah tengok gelagat Linda ketika mengajar menaridi depan pelajar AF8, penuh dengan emosi. Barangkali emosi yangdilemparkan itu ada kaitan dengan masalahnya dengan Que. Cik Normahharap pasangan ini boleh bawa berbincang dan menyelesaikan masalahdengan baik.

~KREDIT BERITA HARIAN ONLINE~

Read more


Aziz M. Osman bertunang



Pengarah terkenal, Aziz M. Osman, 48, selamat ditunangkan dengan pasangannya, Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras hari ini.

Anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani itu menjadi pilihan Aziz selepas pengarah terkenal itu gagal mempertahankan tiga mahligai perkahwinannya sebelum ini.

Pada majlis tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Enggan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan tersebut memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti.

“Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.

“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,” kata Aziz ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Kredit: Media Malaya

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters