Nabil Lupa Ingatan Akibat Kemalangan




Sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah nasib yang menimpa Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad.

Jam 12 tengah hari tadi, Nabil telah kehilangan datuk kesayangannya. Niatnya untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pengebumian arwah bertukar menjadi tragedi apabila dia sendiri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Damansara.

Kejadian berlaku pada 6.05 petang, di hadapan stesen minyak Petronas berdekatan Ikea. Nabil dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki simpang. Apabila gagal mengawal motosikalnya, Nabil terjatuh.

Nabil mengalami luka di tangan serta kecederaan di rusuk belakang. Kesan hentakan itu juga menyebabkan Nabil mengalami gegaran di otaknya. Bagaimanapun, menurut pengurus Nabil, Latip, dia kini dalam keadaan stabil.

“Masa kemalangan, Nabil jatuh dan kepalannya terhentak di atas jalan. Dia mengalami gegaran di otak akibat hentakan itu dan dia pengsan. Bila dia terjaga, dia lupa ingatan. Kami ada tanya dia apa yang berlaku, tetapi dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang hari ini.

“Sepatutnya Nabil kena tahan wad. Doktor arahkan dia diberi pengawasan selama 24 jam. Tapi dia tak nak. Dia nak balik rumah. Sekarang ini dia dijaga oleh P.A dia. Alhamdulillah, keadaan Nabil tak teruk sangat sebab dia pakai ‘safety suit’ ketika itu,” ujar Latip ketika dihubungi.

Tambah Latip, bergantung kepada keadaan kesihatannya, kemungkinan besar Nabil akan dibawa pulang ke kampung esok.

Baru sebentar tadi, GUA bertemu Nabil di majlis pra-tonton filem ‘Kecoh Betul’. Namun, selepas selesai tayangan filem, kelibat Nabil tidak kelihatan. Difahamkan, Nabil telah tergesa-gesa meninggalkan majlis untuk pulang ke kampungnya.

Ini merupakan kali kedua Nabil terlibat dalam kemalangan selepas kejadian di Bukit Jelutong, April tahun lalu. Sesuai dengan filem terbaru lakonannya, ‘Kecoh Betul’, memang kecoh betul bila GUA terdengar berita kemalangan Nabil ini.

Apa-apapun, kami di GUA mengucapkan takziah kepada Nabil sekeluarga di atas pemergian datuk kesayangannya. Al- Fatihah.

Irma: Saya boleh nasihatkan dia tapi...

“Kami ada berjumpa beberapa minit sebelum itu. Dia datang jumpa saya di The Curve, nak beritahu dia nak balik Seremban. Empat, lima minit kemudian, dia telefon saya. Katanya dia ada kat depan dan minta datang sekarang. Masa tu, saya dah jangka dia jatuh motor,” cerita Irma Hasmie pada GUA.

“Dari jauh saya dah nampak ramai orang berkumpul. Dia tak langgar kereta tu. Dia mengelak. Sebab tu dia terjatuh berguling sampai masuk bawah kereta. Nasib baik pemandu tu sempat brek. Dia terseret juga kat jalan sampai seluar dia koyak. Nasib baik dia pakai ‘safety boots’ dan jaket. Motor dia pun tak teruk, hanya patah ‘clutch’.”

Tambah Irma, sampainya di lokasi kemalangan, Nabil sudah diusung keluar dari bawah kereta.

“Dia ‘lost’ sekejap. Dia tanya saya balik apa yang berlaku, macam mana dia boleh kat situ.”

Kata Irma, awalnya takut juga jika Nabil mengalami pendarahan dalaman. Setelah diperiksa doktor dan menjalani imbasan X-ray, Nabil dikatakan tidak menanggung kecederaan dalaman, hanya mengalami lebam teruk di mata, kaki, dan pinggang. Tetapi dia dikehendaki menjalani pemeriksaan lanjutan selepas tiga hari.

Memandangkan ini dah masuk kali kedua Nabil terlibat dalam kemalangan, adakah Irma akan cuba nasihati Nabil untuk berhenti dari menunggang motosikalnya?

“Saya boleh nasihatkan dia tapi yang memutuskannya, dia-lah. Tapi dia degil sikit. Dia suka dengan benda-benda ‘adventure’ ni. Dia selalu pergi ‘ride’ dengan ‘bike club’-nya. Hobi dia. Tapi dari segi keselamatan tu, dia selalu ‘prepare’ dengan sut-nya, boot…”

(Kredit:www.gua.com.my)

Read more


Ameng Spring charged with consuming ganja

KUALA LUMPUR:Singer Ameng of popular 1990s band Spring was charged at the magistrates court here Wednesday with consuming ganja at the Sentul district police headquarters.

Ameng, 42, whose given name is Wan Aminuddin Wan Ismail, was present in court and represented by counsel Kamarulzaman Abdul Rahman.

Magistrate Zaki Asyraf Zubir fixed bail at RM3,500 with one surety and set May 27 for mention. - The Star

Read more


Johan Raja Lawak cedera di muka selepas bergaduh



SEREMBAN – Pelawak, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak (gambar) cedera di muka sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dibaling dengan gelas kaca oleh seorang pengarah dalam satu pertengkaran di sini petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku sewaktu Johan, 26, berbincang dengan pengarah drama, Javerd Nizar dalam sebuah restoran di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini selepas selesai satu sesi penggambaran drama pada pukul 5.30 petang.

Perbincangan itu bagaimanapun bertukar menjadi pertelingkahan dan membawa kepada tindakan mengejutkan dengan Javerd membaling gelas kaca yang ada di atas meja ke arah Johan.

Gelas itu tepat kena ke muka Johan sehingga menyebabkan mukanya berdarah.

Satu sumber berkata, Johan berada di Seremban bagi menjalani penggambaran drama seram bertajuk Bisikan Arwah.

Drama itu turut dibintangi oleh isterinya, Ozlynn Wati Ismail atau dikenali sebagai Ozlynn.

Pertengkaran itu dipercayai berlaku selepas pengarah berkenaan menegur sikap peserta program Raja Lawak musim pertama itu yang didakwa sering lewat tiba di lokasi penggambaran yang baru berlangsung selama lima hari itu.

Read more


Nabila Huda Selamat Bersalin KHEISYA LAILA

Semua semacam dah tau yang anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy search sarat mengandungkan anak sulung. Dan kalau mengikut Twitter Nabila Huda, semalam dia sudah sakit nak beranak, dan pergi ke Hospital..
dan baru kejap tadi pulak, aku terbaca Amanda Misbun Tweet, yang Nabila Huda sudah selamat bersalin.
Berita ini juga Telah Di Sahkan Oleh Bapa Beliau Atuk Amy :)
Amy Search Alhamdulillah, Nabila selamat melahirkan KHEISYA LAILA
jam 4.20pm
Related Posts with Thumbnails

Read more


Siti Nurhaliza, Saerah & Saida Gandingan Pink Biru

Saida, Cute! Siti Nurhaliza, Marvellous! Saerah, Out of Bound!

Tema Pink Biru menjadi pilihan adik beradik Siti sempena majlis pelancaran album Apresiasi serta ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri hiburan tempatan. Turut hadir sama ialah Datuk K yang sentiasa menemani Siti Nurhaliza dalam acara-acara rasmi. Selepas ini, kami paparkan kepada anda betapa awesome’nya Siti Nurhaliza walaupun sudah lebih 2 tahun berkahwin. Dan, maafkan kami andai kata anda terganggu dengan ‘extra meat’ Saerah. Enjoice!

Kredit Foto : Forum Cari

Read more


Buah Hati Terbaru Ajai, Danisha


Lahir 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan, Ajai bersyukur apabila bayi perempuan yang diberi nama Danisha selamat dan sihat sepanjang proses kelahiran.

Bertempat di Pusat Perubatan Roopi, bayi tersebut dilahirkan dengan berat sekitar 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang.

Kami, pihak OHBULAN! mengucapkan tahniah kepada Ajai dan isteri, dan kami doa’kan yang terbaik buat anda.

Read more


Iklan


KampungFM




Tweet Us!

I'm Watching

Tracker


View My Stats

Followers

Blog Widget by LinkWithin

Wibiya

Web hosting for webmasters